Utusan Borneo (Sabah)

SAR warga Singapura hilang ketika berkayak diperluas ke perairan Beserah

-

MERSING: Operasi mencari dan menyelamat (SAR) seorang lelaki dan wanita Singapura yang dilaporkan hilang ketika berkayak di perairan Endau dekat Mersing, Khamis lepas, memasuki hari keenam hari ini dengan kawasan pencarian diperluask­an sehingga ke perairan Beserah, Kuantan, Pahang.

Pengarah Maritim Malaysia Zon Mersing Komander Maritim Haris Fadzillah Abdullah berkata operasi mencari lelaki itu, Tan Eng Soon, 62, dan wanita, Puah Geok Tin, 57, di permukaan laut membabitka­n lima aset udara milik Agensi Penguatkua­saan Maritim Malaysia (APMM), Polis Diraja Malaysia (PDRM) serta Jabatan Bomba dan Penyelamat (JBPM) meliputi sehingga 1,200 batu nautika persegi dari perairan Endau hingga ke Beserah.

“SAR turut membabitka­n 10 aset laut meliputi 451 batu nautika persegi perairan sama oleh APMM, PDRM, JBPM dan Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) dengan keseluruha­n pencarian membabitka­n kekuatan 119 anggota pelbagai agensi penyelamat.

“Pencarian diperluas sehingga ke Kuantan berdasarka­n penemuan kayak dan barangan peribadi milik Tan dan Puah oleh nelayan pada 12.30 tengahari semalam di kedudukan 0.6 batu nautika dari Pelabuhan Kuantan,” katanya kepada pemberita di Jeti Penyabong, Endau, di sini semalam.

Haris Fadzillah berkata kayak dan kesemua barangan peribadi milik Tan dan Puah tiba di Pangkalan Hadapan Carilamat yang diwujudkan di jeti tersebut pada 8.30 pagi tadi dari Kuantan untuk pengesahan keluarga masing-masing.

Beliau berkata kesemua barangan itu yang merangkumi beg duit berisi wang tunai Malaysia dan Singapura, telefon bimbit, pasport Singapura milik Tan, satu beg pakaian, kad pengenalan diri dan pendayung, disahkan isteri Tan iaitu Kwan Yoke Yee dan anak lelaki Puah, Louis Pang, 24.

Katanya selain melakukan kajian berhubung lokasi yang disyaki mangsa berada, SAR turut digerakkan di pulaupulau sekitar perairan Endau atas permintaan keluarga Tan dan Puah.

“Setakat semalam dan hari ini, cuaca masih lagi bergelora di mana ombak dianggar setinggi 1.5 meter hingga 3 meter yang merbahaya kepada bot-bot kecil,” katanya.

Khamis lepas, Tan dan Puah dilaporkan hilang pada kira-kira 5.40 petang selepas kayak dinaiki terpisah dengan 13 lagi rakan mereka antara Pulau Sri Buat, Pahang dan Pulau Mertang, Mersing.

Mereka dipercayai terpisah dari kumpulan berikutan laut bergelora dan angin kuat.

 ??  ?? PENGARAH Maritim Malaysia Zon Mersing Komander Maritim Haris Fadzillah Abdullah (tengah) ketika sidang media mengenai operasi mencari dan menyelamat (SAR) seorang lelaki dan wanita Singapura, yang dilaporkan hilang ketika berkayak di perairan Endau dekat Mersing, Khamis lepas, di Jeti Penyabong, Endau semalam.
PENGARAH Maritim Malaysia Zon Mersing Komander Maritim Haris Fadzillah Abdullah (tengah) ketika sidang media mengenai operasi mencari dan menyelamat (SAR) seorang lelaki dan wanita Singapura, yang dilaporkan hilang ketika berkayak di perairan Endau dekat Mersing, Khamis lepas, di Jeti Penyabong, Endau semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia