Perkukuh hubungan M’sia-AS

Eksesais MTA sekitar Selat Melaka dan Pangkalan TLDM

Utusan Borneo (Sabah) - - Nasional -

LUMUT: Eksesais ‘Maritime Training Activity’ (MTA) antara Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) dengan Tentera Laut Amerika Syarikat (TLAS) yang dilaksanak­an sejak 2017 mampu memperkuku­hkan hubungan dinamik kedua-dua negara.

Panglima Armada Barat Laksamana Madya Datuk Aris Adi Tan Abdullah berkata eksesais selama enam hari bermula semalam itu dilaksanak­an di Pangkalan TLDM di sini dan sekitar Selat Melaka.

“Eksesais kali ini merangkumi pelbagai acara termasuk sukan persahabat­an, pertukaran pakar subjek serta ‘field training excercise’ dan ia akan menfokuska­n kepada konsep pertukaran ilmu serta diskusi antara pakar subjek.

¡§Buat julung kali juga, Agensi Penguatkua­saan Maritim Malaysia(APMM)danPengawa­l Pantai Amerika Syarikat (USCG) menyertai MTA,” katanya kepada pemberita ketika sidang media selepas merasmikan Eksesais MTA di Pangkalan TLDM di sini pada Rabu.

Turut hadir pada majlis itu, Panglima Penguasa Maritim Pasifik Laksamana Madya Linda L. Fagan.

Mengulas lanjut, Aris Adi Tan berkata Eksesais MTA tersebut dilihat sebagai peluang keemasan kepada TLDM dan APMM dalam meningkatk­an keupayaan serta kebolehan melalui perkongsia­n pengetahua­n dan pengalaman.

Dalam pada itu, Fagan berkata beliau percaya eksesais tersebut akan memberi banyak kelebihan kepada kedua-dua pihak.

“Ini adalah peluang bagi pegawai dan anak kapal untuk berinterak­si dan belajar dari satu sama lain, memahami apa yang dimaksudka­n untuk beroperasi sebagai perkhidmat­an maritim profesiona­l, saya yakin setiap orang akan belajar banyak antara satu sama lain dan kita semua akan menjadi lebih baik.

“Ini adalah peluang ... terlibat dengan rakan kongsi utama di rantau ini dan membantu satu sama lain untuk memahami bahawa sebagai tentera laut dan pengawal pantai, ini merupakan peluang latihan yang lebih baik dalam dua hari mendatang,” katanya. .

Eksesais MTA tersebut melibatkan kira-kira 300 pegawai dan anggota dari keduadua negara serta beberapa aset dari TLDM, APMM, TLAS dan USCG antaranya KD Lekiu, KD Gagah Samudera, KM Marlin, USS Montgomery, USNS Salvor, USNS Millinocke­t, USNS Rappahanno­ck dan USCGS Stratton. - Bernama

- Gambar BERNAMA

BUNGKUS: Kakitangan Majlis Sukan Negara (MSN) membungkus daging lembu yang telah dipotong ketika Program Ibadah Korban MSN di Vista MSN Bukit Jalil, pada Rabu. Seramai 100 kaitangan MSN termasuk atlet, yang terlibat menjalanka­n program tersebut.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia

© PressReader. All rights reserved.