Perlis bantu bina rumah ranap akibat ribut

Utusan Borneo (Sabah) - - Nasional -

KANGAR: Kerajaan Perlis akan membina rumah baharu berharga RM30,000 bagi mangsa yang rumah mereka musnah dilanda ribut pada Jumaat lepas, kata Menteri Besar Datuk Seri Azlan Man.

“Bagi setiap rumah yang ranap, Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Perlis (MAIPs) akan menyumbang RM25,000 manakala kerajaan negeri menambah RM5,000 bagi menjadikan jumlah keseluruha­n RM30,000,” katanya pada majlis penyerahan Bantuan Awal Mangsa Ribut di Dewan 2020 di sini, malam Selasa.

Beliau berkata Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) pula akan memberi bantuan maksimum RM5,000 kepada setiap mangsa bencana itu.

Azlan berkata bantuan itu akan diselarask­an dan dijangka dapat diselesaik­an selewat-lewatnya hujung bulan ini.

Turut hadir pada majlis itu, Setiausaha Kerajaan Negeri Perlis, Azman Yusof dan Ketua Pegawai Eksekutif MAIPs, Mohd Nazim Mohd Noor.

Bantuan awal yang disampaika­n Azlan pada majlis itu berjumlah keseluruha­n kirakira RM400,000 melibatkan 1,079 mangsa, termasuk peniaga kecil yang mendaftar dengan pihak berkuasa.

Mengikut rekod JKM, ribut yang membadai pada Jumaat lepas merosakkan 567 rumah dalam kawasan Parlimen Kangar, 270 buah (Parlimen Padang Besar) dan 242 buah (Parlimen Arau). - Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia

© PressReader. All rights reserved.