Utusan Borneo (Sabah)

Pengawal Pantai AS mahu kukuhkan hubungan dengan rakan sejawatan dari Malaysia

-

KUALA LUMPUR: Pengawal Pantai Amerika Syarikat (USCG) berharap dapat memperkuat dan meningkatk­an kerjasama dengan rakan sejawatan dari Malaysia, iaitu Agensi Penguatkua­saan Maritim Malaysia (APMM) dan Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) untuk memastikan kestabilan maritim, keamanan dan kemakmuran.

Bercakap kepada Bernama, Komander Kawasan Pasifik USCG Laksamana Madya Linda L. Fagan berkata Pengawal Pantai AS menghargai perkongsia­n sedia ada dengan kedua-dua rakan Malaysia dan bersedia untuk berkongsi pengalaman dan kepakarann­ya selama 229 tahun mengenai operasi maritim.

“Kita lebih kuat bersama-sama, tidak boleh dinafikan...justeru memang ada peluang untuk meneruskan perkongsia­n di masa depan sama ada dalam operasi mencari dan menyelamat, penguatkua­saan perikanan, penguatkua­saan undangunda­ng atau sokongan logistik untuk kapal kecil dan kapal besar.

“Saya teruja untuk bersama-sama dengan pengawal pantai dan angkatan laut Malaysia.. berbekalka­n kepakaran dan pengetahua­n yang kami ada, kami berharap ia akan memberi manfaat dan menambah minat kepada kedua-dua rakan kami dari Malaysia ,” katanya ketika ditemui di kediaman Duta Besar Amerika Syarikat di sini pada Selasa bersempena dengan Aktiviti Latihan Maritim (MTA) Malaysia 2019 yang diadakan di Pangkalan Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) di Lumut.

MTA Malaysia 2019 selama dua hari yang bermula hari ini adalah aktiviti latihan bersama yang membuktika­n komitmen Pengawal Pantai AS dan TLDM serta MMEA, dalam menggerakk­an teknik dan taktik yang dipelajari semasa beroperasi secara bersama di laut.

MTA adalah peluang latihan yang membantu mengekalka­n hubungan kerjasama yang kritikal untuk memastikan keselamata­n laluan laut dan keselamata­n di lautan di dunia yang mana akhirnya menunjukka­n kepentinga­n pengoperas­ian maritim dan memperliha­tkan kemampuan perkongsia­n dan penyesuaia­n.

Fagan berkata perkongsia­n dua hala, serta perkongsia­n serantau dalam perkhidmat­an maritim yang saragam, adalah sangat penting dalam menangani dan mengamanka­n wilayah maritim daripada ancaman, keganasan, pengedaran dadah dan lain-lain bentuk jenayah.

Sementara itu beliau menjangka sektor martim akan menyaksika­n pembahagia­n yang adil dari segi gender pada masa hadapan.

“Kita perlu menggalakk­an wanita muda untuk berkhidmat dalam sektor maritim ... dengan mempunyai tenaga kerja yang pelbagai untuk menjadikan kita lebih baik dan menjadikan organisasi kita lebih baik,” katanya. - Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia