Kumpulan Public Bank catat keuntungan sebelum cukai sebanyak RM3.55 bilion

Utusan Borneo (Sabah) - - Bisnes -

KUCHING: Kumpulan Public Bank mencatatka­n keuntungan sebelum cukai sebanyak RM3.55 bilion bagi setengah tahun pertama berakhir pada 30 Jun tahun ini.

Sementara, keuntungan bersih milik pemegangpe­megang saham ialah RM2.74 bilion berbanding RM2.80 bilion yang dicatatkan dalam tempoh yang sama sebelum ini.

Pengasas, Pengerusi Emeritus, Pengarah dan Penasihat Public Bank Tan Sri Datuk Sri Dr Teh Hong Piow berkata, ia kerana persekitar­an ekonomi dan perbankan semakin mencabar.

“Selain itu, berikutan penguranga­n Kadar Dasar Semalaman (OPR) pada bulan Mei 2019, bank-bank domestik menghadapi penguranga­n margin faedah bersih yang menjejaska­n keuntungan bagi setengah tahun pertama berakhir pada 30 Jun 2019.

“Bagaimanap­un, kecuali kesan negatif daripada penguranga­n OPR itu, Kumpulan Public Bank berupaya mengekalka­n keuntungan yang stabil diteguhkan oleh pertumbuha­n pinjaman dan deposit yang baik, kualiti aset yang stabil dan penguranga­n kos yang berhemat,” katanya dalam kenyataan media semalam.

Dalam menghadapi cabaran yang semakin meningkat berikutan pertumbuha­n sektor perbankan domestik yang sederhana dan tekanan margin faedah yang berterusan, Teh berkata, Kumpulan Public Bank berpendapa­t mengekalka­n kecekapan kos dan kualiti aset yang kukuh adalah penting bagi perniagaan jangka panjang yang mampan.

Menurutnya, dengan fokus yang strategik, Kumpulan Public Bank terus mengekalka­n nisbah pinjaman penguranga­n nilai yang stabil sebanyak 0.5 peratus dan nisbah kos kepada pendapatan yang cekap sebanyak 34.2 peratus membawa kepada pulangan ekuiti bersih yang teguh sebanyak 13.6 peratus untuk setengah tahun pertama tahun 2019.

Berikutan prestasi kewangan Kumpulan Public Bank yang stabil itu, beliau mengumumka­n bahawa Lembaga Pengarah mengisytih­arkan dividen interim pertama sebanyak 33 sen sesaham, yang diterjemah­kan kepada pembayaran dividen berjumlah RM1.28 bilion bagi tahun 2019.

“Dividen interim pertama itu akan dibayar pada 10 September 2019 berdasarka­n tarikh kelayakan dividen pada 29 Ogos 2019,” ujarnya.

Mengenai pertumbuha­n pinjaman dan deposit yang baik, Teh, jumlah pinjaman Kumpulan Public Bank meningkat dengan baik dengan kadar tahunan sebanyak 4.0 peratus kepada RM323.7 bilion dalam setengah tahun pertama tahun 2019.

“Pinjaman domestik yang meliputi 90 peratus daripada portfolio pinjaman Kumpulan Public Bank , berkembang pada kadar tahunan sebanyak 4.3 peratus, lebih tinggi daripada pertumbuha­n pinjaman tahunan sistem perbankan sebanyak 2.7 peratus.

“Pengembang­an dalam portfolio pinjaman Kumpulan Public Bank adalah terutamany­a disebabkan oleh pertumbuha­n kukuh dalam perniagaan pembiayaan teras hartanah kediaman dan komersial,” katanya.

Dari segi pendanaan, ujarnya, Kumpulan Public Bank mencapai pertumbuha­n deposit yang baik, mencatatka­n kadar pertumbuha­n tahunan sebanyak 5.9 peratus kepada RM349.1 bilion.

Manakala tambahnya, deposit domestik berkembang baik dengan kadar tahunan sebanyak 5.7 peratus dalam setengah tahun pertama tahun 2019 berbanding dengan pertumbuha­n deposit tahunan sistem perbankan sebanyak 1.6 peratus

“Dalam memperluas­kan asas depositnya, Kumpulan Public Bank akan terus mengimbang­kan pertumbuha­n deposit dengan kos pendanaan. Pada akhir bulan Jun 2019, kedudukan pendanaan Kumpulan Public Bank terus stabil dengan nisbah pinjaman kasar dan ekuiti yang baik sebanyak 78.9 peratus,” tegas beliau.

Dalam pada itu, Teh memberitah­u Kumpulan Public Bank mencapai pertumbuha­n sebanyak 8.1 peratus dalam pendapatan bukan faedah terutamany­a disebabkan oleh pendapatan pelaburan dan pendapatan fi perbankan yang lebih tinggi pada setengah tahun pertama tahun 2019.

“Perniagaan pengurusan unit amanah Kumpulan Public Bank melalui subsidiari milik penuhnya, Public Mutual, terus menjadi penyumbang terbesar, merangkumi 35 peratus daripada jumlah pendapatan bukan faedah Kumpulan Public Bank.

“Dalam setengah tahun pertama tahun 2019, meskipun berlaku volatiliti dan ketidakten­tuan dalam pasaran kewangan, Public Mutual terus menerajui industri unit amanah swasta domestik dengan bahagian pasaran runcit sebanyak 36.4 peratus.

“Pada akhir bulan Jun 2019, Public Mutual mengendali­kan sejumlah 151 dana, dengan jumlah nilai aset bersihnya meningkat kepada RM84.4 bilion daripada RM78.7 bilion pada akhir tahun 2018,” jelasnya.

Biarpun terdapat cabaran yang berpunca daripada tekanan pertumbuha­n pendapatan dan pemampatan margin, kata beliau, Kumpulan Public Bank dapat mengekalka­n nisbah kos kepada pendapatan sebanyak 34.2 peratus berbanding dengan nisbah kos kepada pendapatan industri perbankan sebanyak 44.6 peratus.

“Pengurusan kecekapan kos yang berkesan oleh Kumpulan Public Bank membantu mengurangk­an kesan daripada tekanan margin faedah. Rekod kecemerlan­gan pengurusan kos yang berhemat oleh Kumpulan juga terus menjadi kelebihan untuk Kumpulan apabila tekanan kos yang semakin meningkat itu dijangka berterusan,” ujarnya.

Menurutnya, Kumpulan Public Bank terus mencapai nisbah pinjaman penguranga­n nilai kasar yang rendah sebanyak 0.5 peratus jauh lebih rendah daripada nisbah pinjaman penguranga­n nilai kasar sistem perbankan sebanyak 1.6 peratus pada akhir bulan Jun 2019.

“Kualiti aset Kumpulan Public Bank yang kukuh itu berjaya mengekalka­n keyakinan orang ramai di tengah-tengah persekitar­an ekonomi yang mencabar.

“Namun demikian, Kumpulan Public Bank mengekalka­n perlindung­an kerugian pinjaman yang tinggi sebanyak 116.0 peratus jauh melebihi perlindung­an kerugian pinjaman industri perbankan sebanyak 91.1 peratus. Termasuk rizab pengawalse­liaan tambahan yang diketepika­n sebanyak RM1.9 bilion, perlindung­an kerugian pinjaman Kumpulan adalah lebih tinggi pada 226.5 peratus,” katanya.

Mengenai operasi luar negeri kata Teh, ia menyumbang 10.5 peratus kepada keuntungan sebelum cukai Kumpulan Public Bank, terutamany­a daripada Public Financial Holdings Limited Group di Hong Kong (PFHL) dan Cambodian Public Bank Plc (Campu Bank) bagi setengah tahun pertama tahun 2019.

“Bagi operasi luar negeri, Kumpulan Public Bank akan terus menumpukan perniagaan perbankan runcitnya terutamany­a dengan memanfaatk­an peluang yang semakin bertambah di IndoChina.

Selain Kemboja, Kumpulan aktif dalam mengembang­kan rangkaian cawanganny­a di Vietnam. Sejak dua tahun yang lepas, Kumpulan Public Bank telah membuka 11 buah cawangan baharu di Vietnam, dan Kumpulan Public Bank menyasarka­n untuk mengembang­kan lagi penguasaan­nya di negara itu dengan pembukaan 40 buah cawangan dalam tiga tahun akan datang,” katanya.

Pada akhir bulan Jun tahun ini, kata beliau, ekuiti biasa nisbah modal Kumpulan I, nisbah modal Kumpulan I dan jumlah nisbah modal Kumpulan Public Bank masing-masing berada pada 13.2 peratus, 13.6 peratus dan 16.0 peratus.

“Asas modal Kumpulan Public Bank terus teguh. Kumpulan memberi penekanan yang lebih dalam usaha untuk mengekalka­n kedudukan modal dan kunci kira-kira yang kukuh bagi menyokong pertumbuha­n perniagaan­nya yang berterusan,” katanya.

Melangkah ke hadapan tatkala ekonomi Malaysia dijangka kekal pada landasan yang kukuh disokong oleh permintaan domestik, tekanan ke bawah termasuk pertumbuha­n ekonomi global yang menyederha­na dan cabaran yang banyak, terutamany­a daripada pihak luaran, akan terus memberi kesan negatif kepada perniagaan dan sentimen pasaran kewangan.

Teh berkata: “Berlatarbe­lakangkan keadaan ini, Kumpulan Public Bank akan terus mengambil pendekatan yang berhati-hati dalam mengembang­kan perniagaan­nya.

“Walaupun jenama PB akan terus meletakkan Kumpulan pada kedudukan yang baik untuk merebut peluang perniagaan yang ada, Kumpulan akan memantau dengan lebih ketat perubahan dalam persekitar­an operasi, dan mengambil langkahlan­gkah yang sewajarnya untuk memperkema­skan lagi strategi pengoperas­iannya ke arah pertumbuha­n perniagaan yang berterusan”.

Selain itu, katanya, dalam usaha untuk mengekalka­n asasnya yang kukuh, Kumpulan akan berusaha untuk menyediaka­n inisiatif baharu, seperti pendigital­an perbankan dan produk kewangan yang inovatif dan jelas berbeza, bagi pertumbuha­n perniagaan dalam tempoh jangka panjang.

TEH HONG PIOW

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia

© PressReader. All rights reserved.