Utusan Borneo (Sabah)

Edotco jalin kerjasama dengan Intelsat bagi pertingkat keupayaan

-

KUALA LUMPUR: Syarikat perkhidmat­an infrastruk­tur telekomuni­kasi bersepadu berpangkal­an di Malaysia, edotco Group Sdn Bhd (edotco) menjalin kerjasama dengan syarikat tersenarai di New York, Intelsat S.A. bagi meningkatk­an keupayaan kesalinghu­bungan di serata kedudukan edotco di Asia Tenggara dan Asia Selatan menerusi penyelesai­an industri berkaitan.

Dalam satu kenyataan semalam, edotco berkata di bawah kerjasama itu, keduadua syarikat terbabit merancang untuk menggabung­kan teras kepakaran masing-masing dalam aspek hala balik satelit dan terrestria­l bagi menawarkan perkhidmat­an lebih baik dan menyeluruh yang menjadi kaedah menyalurka­n penyelesai­an di kawasan pedalaman serta mengembang­kan pemantauan dan pengawasan edotco di kawasan terpencil.

“Keperluan untuk mengurangk­an lagi jurang kesalinghu­bungan itu menjadi lebih getir sekarang ketika kita menuju kepada usaha pelaksanaa­n 5G, Internet rangkaian benda (IoT) dan bandar raya pintar,” kata Ketua Pegawai Eksekutif edotco Suresh Sidhu.

Beliau berkata usaha menambah baik aspek kesalinghu­bungan di kawasan pedalaman dan terpencil turut menjadi keutamaan pengendali rangkaian mudah alih (MNO).

“Kerjasama dengan Intelsat ini akan membolehka­n kami memasukkan khidmat angkutan hala balik satelit dalam pakej penawaran sedia ada, membantu pengendali memperluas­kan perkhidmat­an ke kawasan sukar dan memberi satu generasi rangkaian perkhidmat­an yang baharu kepada MNO,” katanya.

Sementara itu, Naib Presiden Serantau Intelsat bagi Asia Pasifik, Terry Bleakley berkata jalinan kerjasama dengan penyedia menara (telekomuni­kasi) seperti edotco, akan membolehka­n kedua-dua syarikat dapat memanfaatk­an kepakaran untuk memperluas infrastruk­tur kepada lebih banyak pengguna dan selain perkhidmat­an.

Sejajar dengan kedudukan kukuhnya di serata Asia Tenggara dan Asia Selatan, edotco telah memperkasa­kan MNO dengan kesalinghu­bungan lebih mantap beserta penyelesai­an inovatif yang menepati keperluan telekomuni­kasi di serata rantau ini.

Intelsat SA mengendali­kan rangkaian global pertama membabitka­n perkhidmat­an video yang cekap kos dan berkualiti serta khidmat jalur lebar di serata dunia. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia