Utusan Borneo (Sabah)

Managepay Systems lantik pemasang sah bagi MYTV CPE

-

KUALA LUMPUR: Managepay Systems Bhd melantik MYTV Broadcasti­ng Sdn Bhd sebagai pemasang yang diberi kuasa untuk menguruska­n penghantar­an dan pemasangan peralatan premis pelanggan (CPE) MYTV bagi penerima Bantuan Sara Hidup Rakyat (BSHR).

Managepay Systems dalam makluman kepada Bursa Malaysia semalam berkata ia akan mengenal pasti penerima yang layak dan menghantar serta memasang MYTV CPE ‘Return to Sender’ yang terdiri daripada Televisyen Digital dan Kotak Set DirectTo-Home, Antena UHF atau Cakera Satelit, kabel RG6 dan aksesori di kediaman mereka masing-masing.

Syarikat itu berkata kerjakerja pemasangan akan bermula pada 1 Sept, 2019, dan dijangka selesai pada 31 Ogos tahun depan.

Pemasangan MYTV CPE akan memastikan isi rumah BSHR dapat menikmati 13 saluran TV dan 6 saluran radio FM percuma dengan bunyi dan visual berkualiti tinggi.

Pada masa depan, isi rumah juga boleh mengakses pelbagai perkhidmat­an interaktif menerusi MYTV CPE seperti program membeli belah dari rumah, video atas permintaan, langganan TV berbayar dan perkhidmat­an Internet.

“Projek itu dijangka memberi sumbangan positif kepada hasil kumpulan bagi tahun kewangan berakhir 2019,” kata Managepay Systems. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia