Keuntungan bersih suku-2 MISC meningkat kepada RM399.8 juta

Utusan Borneo (Sabah) - - Bisnes -

KUALA LUMPUR: Keuntungan bersih MISC Bhd bagi suku kedua berakhir 30 Jun, 2019, meningkat kepada RM399.80 juta daripada RM321.20 juta yang dicatatkan dalam tempoh yang sama tahun lepas.

Syarikat perkapalan tenaga itu dalam makluman kepada Bursa Malaysia semalam berkata hasil meningkat 0.9 peratus kepada RM2.16 bilion daripada RM2.14 bilionu, disokong oleh sumbangan tinggi daripada segmen gas asli cecair (LNG) dan kejurutera­an berat.

Bagi tempoh enam bulan yang berakhir 30 Jun, 2019, hasil kumpulan meningkat 6.6 peratus kepada RM4.43 bilion daripada RM4.16 bilion dalam tempoh yang sama tahun lepas.

Mengenai prospek tahun semasa, kumpulan itu berkata separuh kedua 2019 dijangka meningkat bagi pasaran kapal tangki kerana bekalan kapal akan berkuranga­n berikutan aktiviti pengubahsu­aian.

Pasaran kapal tangki juga dijangka mendapat rangsangan daripada peningkata­n eksport minyak Amerika Syarikat dan permintaan pengangkut­an muatan.

“Prospek bagi segmen luar pantai terus positif, disokong oleh aktiviti sihat dalam eksplorasi dan pengeluara­n minyak dan gas.

“Memandangk­an terdapat peluang peningkata­n dalam eksplorasi dan pengeluara­n luar pantai global, terutamany­a bagi pembanguna­n di Lembangan Atlantik dan Asia Tenggara, unit perniagaan luar pantai MISC akan terus menilai merit merebut peluang ini dalam tahun semasa,” kata kumpulan itu.

MISC berkata keseluruha­n tinjauan bagi segmen kejurutera­an berat kekal tidak menentu di tengah-tengah ketegangan perdaganga­n dan geopolitik yang berpanjang­an serta pertumbuha­n perlahan ekonomi.

“Meskipun keadaan tidak menentu, aktiviti pengeluara­n minyak dan gas luar pantai terus bertambah baik meskipun dalam kadar sederhana. Sementara itu, prospek bagi perniagaan marin terus bertambah baik, disokong oleh kuantiti tinggi bagi kerja penaikan taraf,” kata kumpulan itu. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia

© PressReader. All rights reserved.