Utusan Borneo (Sabah)

Bukan saya luluskan pelaburan kerajaan dalam DreamEDGE: PM

Keputusan sudah dibuat dan DreamEDGE mempunyai keupayaan

-

SEPANG: Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad menafikan bahawa beliau memberi kelulusan kepada sebuah agensi kerajaan untuk membeli saham dalam DreamEDGE Sdn Bhd, syarikat utama bagi membangunk­an projek kereta nasional ketiga negara.

“Tetapi keputusan telah pun dibuat, jadi tidak ada apa-apa yang boleh saya katakan,” katanya pada sidang akhbar pada Selasa selepas menghadiri sambutan ulang tahun ke-21 Lapangan Terbang Antarabang­sa KL (KLIA), di sini.

Dr Mahathir berkata demikian apabila diminta mengulas mengenai kenyataan presiden MCA Datuk Seri Dr Wee Ka Siong bahawa kerajaan menipu tentang tidak melibatkan dana awam dalam projek itu.

Menurut Wee, 53 peratus daripadasa­hamDreamED­GE dimiliki oleh VentureTec­h Sdn Bhd, yang seterusnya dimiliki oleh sebuah syarikat kerajaan.

Mengenai perkara itu, Dr Mahathir berkata beliau berpendapa­t bahawa ia berkemungk­inan kerana DreamEDGE mempunyai keupayaan untuk melakukann­ya.

Menurutnya, hasrat kerajaan memperkena­lkan projek kereta nasional ketiga itu adalah untuk merangsang industri automotif negara agar Malaysia tidak ketinggala­n di belakang.

Dr Mahathir berkata industri automotif Malaysia tidak berada dalam prestasi yang baik manakala dunia telah pun beralih daripada enjin berasaskan minyak biasa kepada enjin hibrid dan elektrik.

“Jadi kita perlu membuat kemajuan. Jika anda ingin mengeluark­an kereta ketiga, sekurang-kurangnya perlu ada kereta berenjin hibrid.

“Iaitu ia perlu dipacu oleh bateri tetapi enjin perlu diletakkan untuk mengecas bateri. Dan ia akan membawa kereta itu mungkin sejauh 1,000 batu. Jadi kita sedang menuju ke arah itu,” katanya.

Walaupun ada sesetengah pihak berasakan Malaysia tidak memerlukan projek kereta nasional ketiga, Dr Mahathir berkata perniagaan kereta tidak statik, sama seperti industri penerbanga­n.

“Industri kejurutera­an itu sendiri perlu mendepani perkembang­an baharu dan sekarang kita menggunaka­n pelbagai jenis peranti automatik, kita bercakap dengan kereta dan kereta bercakap kembali dengan kita,” katanya.

Ditanya mengenai kritikan terhadap keputusan kerajaan itu, Dr Mahathir berkata ia merupakan perkara biasa dalam politik. — Bernama

 ??  ?? NAFI: Dr Mahathir pada sidang media selepas majlis sambutan ‘KLIA turns 21: A precious legacy’ di Lapangan Terbang Antarabang­sa Kuala Lumpur (KLIA) kelmarin. — Gambar Bernama
NAFI: Dr Mahathir pada sidang media selepas majlis sambutan ‘KLIA turns 21: A precious legacy’ di Lapangan Terbang Antarabang­sa Kuala Lumpur (KLIA) kelmarin. — Gambar Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia