Aktivis tamatkan demonstras­i di lapangan terbang Hong Kong

Selepas rapat umum bertukar ganas, AS beri amaran China mungkin bersiap sedia lancar campur tangan ketenteraa­n

Utusan Borneo (Sabah) - - Global -

HONG KONG: Penunjuk perasaan prodemokra­si berundur dari lapangan terbang Hong Kong semalam selepas rapat umum yang menimbulka­n gangguan yang amat serius dan bertukar ganas untuk memburukka­n lagi pergolakan di hab kewangan global itu.

Tunjuk perasaan berakhir awal pagi semalam ekoran siri pertelingk­ahan di mana seorang anggota polis mengeluark­an pistol selepas dibelasah oleh penunjuk perasaan manakala anggota polis lain melepaskan semburan lada.

Rapat umum berkenaan melumpuhka­n salah sebuah hab perjalanan paling sibuk di dunia, seterusnya memburukka­n lagi krisis selama 10 minggu yang merupakan cabaran terbesar kepada pemerintah­an China di Hong Kong sejak ia diserahkan oleh Britain pada 1997.

Presiden Amerika Syarikat Donald Trump memburukka­n lagi kebimbanga­n bahawa Beijing mungkin sedang bersiap sedia untuk melancarka­n campur tangan ketenteraa­n bagi menamatkan pergolakan, apabila beliau berkata kelmarin bahawa badan perisikann­ya telah mengesahka­n pergerakan tentera China ke sempadan Hong Kong.

Pergerakan kuasa rakyat, yang menyaksika­n jutaan penduduk memenuhi jalan-jalan di Hong Kong, dicetuskan oleh tentangan kepada rancangan untuk memperkena­lkan undangunda­ng yang akan membenarka­n ekstradisi ke tanah besar China.

Ia berubah dengan cepat menjadi kempen yang jauh lebih umum bagi kebebasan demokratik, dan untuk mengekang pengaruh pemerintah kuku besi di China yang semakin berkembang di bandar raya separa autonomi itu.

Pada Isnin lepas dan kelmarin, ribuan penunjuk perasaan yang memakai kemeja hitam berhimpun di lapangan terbang Hong Kong, yang memaksa ratusan penerbanga­n dibatalkan.

Selepas pada mulanya hanya menyuaraka­n tuntutan mereka dengan demonstras­i yang aman, penunjuk perasaan menggunaka­n taktik yang lebih agresif kelmarin dan membuat perintang dengan menggunaka­n troli bagasi untuk menyekat penumpang di balai perlepasan.

Lewat kelmarin malam, protes bertukar menjadi siri konfrontas­i yang ganas dengan polis, dan penunjuk perasaan bergelut dengan penumpang yang mahu menaiki penerbanga­n.

Dalam satu senario yang khususnya ganas, sekumpulan penunjuk perasaan bersemuka dengan seorang anggota polis dan membelasah­nya. Mereka menghentik­an serangan apabila anggota polis terbabit mengeluark­an pistol dan mengacukan­nya ke arah mereka, tetapi tidak melepaskan tembakan.

Penunjuk perasaan turut menyerang dua lelaki, didorong oleh syak-wasangka di kalangan mereka tentang pengintip atau anggota polis yang menyamar.

Lelaki pertama ditahan kira-kira selama dua jam dan dipukul sebelum pada akhirnya dibawa oleh sebuah ambulans.

Polis rusuhan menggunaka­n seketika penyembur lada dan belantan untuk mengundurk­an penunjuk perasaan sementara mereka mengiringi kenderaan tersebut dari balai perlepasan.

Seorang lagi lelaki, yang memakai ves kuning wartawan, dikepung, diikat tangan dan kemudian dibelasah oleh sekumpulan kecil yang menuduhnya mengintip.

Dalam satu tweet, Hu Xijun, pengarang tabloid yang dikawal oleh kerajaan di China, Global Times – yang mengecam sekerasker­asnya protes tersebut – berkata lelaki itu bekerja untuk mereka.

Menjelang awal semalam, kebanyakan penunjuk perasaan sudah pulang dan banyak penerbanga­n beroperasi mengikut jadual pada sebelah pagi.

Bagaimanap­un, ia tidak jelas sama ada penunjuk perasaan, yang tidak ada pemimpin awam dan membuat perancanga­n menerusi media sosial, akan kembali ke lapangan terbang ataupun tidak.

“Lapangan terbang itu merupakan cip terakhir kami untuk tawar-menawar,” kata salah seorang penunjuk perasaan yang masih berada di lapangan terbang pada pagi semalam kepada AFP.

Michael, seorang pelancong berusia 25 tahun dari Dubai, pergi ke lapangan terbang semalam lebih 12 jam lebih awal daripada penerbanga­n pulang untuk mengelak protes yang berpotensi berlaku kemudian.

“Saya dapat rasakan mereka benar-benar berjuang untuk kebebasan saya, jadi hati saya bersimpati dengan mereka dalam satu segi,” katanya mengenai penunjuk perasaan terbabit.

Namun menurutnya mereka sekarang menyasari orang salah.

“Penumpang tidak ada kaitan dengan apa yang sedang berlaku, kebanyakan mereka adalah pelancong,” katanya kepada AFP.

Pada pagi kelmarin, pemimpin bandar raya berkenaan Carrie Lam memberikan sidang media yang kadang-kadang emosional di mana beliau memberi amaran tentang akibat berbahaya jika keganasan yang semakin meruncing tidak dibendung dan berkata hab itu sedang “ditolak ke dalam jurang yang amat dalam”. — AFP

HURU-HARA: Polis menggunaka­n penyembur lada untuk menyuraika­n penunjuk perasaan selepas rapat umum bertukar ganas di lapangan terbang Hong Kong, China kelmarin. — Gambar Reuters

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia

© PressReader. All rights reserved.