Jepun bersiap sedia untuk Taufan Krosa

Utusan Borneo (Sabah) - - Global -

TOKYO: Jepun bersiap sedia semalam untuk taufan tropika yang buruk dan dijangka membawa hujan lebat dan ribut kuat pada kemuncak waktu percutian, dengan pembatalan puluhan penerbanga­n dan khidmat kereta api peluru.

Taufan tersebut, dipanggil Krosa, dijangka bergerak perlahan-lahan di bahagian timur negara, dan berpotensi menjejaska­n jutaan penduduk yang pulang ke kota-kota utama dari bandar asal ma-sing-masing selepas percutian musim panas ‘Obon’ yang menjadi tradisi.

Japan Airlines membatalka­n 62 penerbanga­n domestik yang berulang-alik ke lapangan terbang di selatan Jepun semalam.

“Semua penerbanga­n berulang-alik ke lapangan terbang di Miyazaki dan Tanegashim­a sudah dibatalkan dan sebahagian­nya untuk lapangan terbang Amami,” kata seorang jurucakap.

Sementara itu All Nippon Airways membatalka­n 34 penerbanga­n untuk lapangan terbang Miyazaki.

Kedua-dua syarikat pener-bangan berkata mereka akan memutuskan kemudian berapa banyak penerbanga­n yang mereka akan batalkan untuk hari ini (Khamis), apabila taufan diramal akan melanda daratan.

Sementara itu West Japan Railway mengumumka­n pembatalan khidmat kereta api peluru shinkansen pada hari ini antara Osaka dan barat daya Jepun.

Krosa, yang membawa ribut maksimum selaju 144 kilometer sejam, dijangka melanda pulau barat daya Shikoku pada hari ini sebelum ia bergerak melintasi barat Jepun, kata Agensi Meteoro-logi Jepun. — AFP

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia

© PressReader. All rights reserved.