Utusan Borneo (Sabah)

Enam polis Mexico digantung tugas dalam siasatan rogol

-

KOTA MEXICO: Datuk bandar Kota Mexico kelmarin berkata enam anggota polis telah digantung daripada tugasan sebagai sebahagian daripada siasatan ke atas pencabulan dua gadis remaja, ekoran demonstras­i oleh ratusan wanita yang menuntut keadilan.

Kira-kira 250 orang ber-arak di jalanan pada Isnin lepas, menabur menteri keselamata­n ibu kota dengan perada merah jambu dan memecah pintu kaca pejabat pendakwa tempatan.

Protes itu tindak balas kepada dua kes baru-baru ini: kes seorang gadis berusia 17 tahun yang menyatakan empat anggota polis telah merogolnya dalam kereta peronda mereka ketika dia pulang dari sebuah parti di bahagian utara ibu negara, dan kes seorang gadis berusia 16 tahun yang mendakwa seorang anggota polis merogolnya di muzium arkib fotografi kebangsaan, di pusat bandar raya.

“Enam anggota polis telah digantung daripada tugasan mereka sementara siasatan diteruskan,” kata Datuk Bandar Claudia Sheinbaum, wanita pertama yang dipilih untuk jawatan itu, dalam satu video yang dipaparkan di Twitter.

“Kesalahan mahupun sebarang rekaan mengenai pe-ngakuan bersalah tidak akan dibiarkan tanpa menerima hukuman.”

Dua kejadian tersebut me-rupakan insiden terbaharu mencetuska­n kemarahan berhubung kadar keganasan yang tinggi terhadap wanita dan gadis di Mexico.

Seorang anggota polis sudah ditangkap pada Khamis lalu dalam kes yang berlaku di muzium.

Selain menabur menteri keselamata­n ibu negara, Jesus Orta, dengan perada ketika beliau meminta semua bertenang, penunjuk pera-saan, kebanyakan­nya wanita, menyembur sekumpulan anggota polis dengan cat selain mempamerka­n kepala babi di luar pejabat pendakwa tempatan.

Penunjuk perasaan bertopeng kemudian melontar bangunan tersebut dengan batu, yang memecah pintu masuk kaca.

Sifat macho memainkan peranan yang menonjol dalam budaya Mexico, dan tahap keganasan terhadap wanita dan gadis adalah tinggi di negara itu.

Sembilan wanita dibunuh di Mexico setiap hari, menurut Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu. — AFP

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia