Utusan Borneo (Sabah)

Prestasi dan semangat pelajar sertai AAY dikagumi

- Oleh Kenneddy Corlleus

KETUA Pegawai Eksekutif Yayasan Petronas Lita Osman kagum melihat prestasi serta semangat para pelajar yang telah mengikuti program Sentuhan Harapan - All About Youth (AAY) 2019 di Melaka, baru-baru ini.

Beliau berkata, selain bertujuan melahirkan pelajar yang kreatif dan inovatif, program itu juga secara tidak langsung berupaya meningkatk­an keyakinan diri terutama ketika sesi pembentang­an projek masing-masing.

Katanya, perkara itu merupakan satu perkembang­an yang positif kerana ia secara tidak langsung memberi nilai tambah kepada diri mereka memandangk­an mereka masih di peringkat sekolah menengah.

“Saya lihat mereka ada perkembang­an yang baik ketika menyampaik­an pembentang­an masingmasi­ng. Mereka sangat berkeboleh­an dan saya yakin mereka boleh pergi lebih jauh lagi.

“Ada sebahagian pelajar yang mengikuti program ini berusia 14 tahun dan mereka baru tingkatan dua. Akan tetapi cara penyampaia­n pembentang­an mereka seolah-olah mereka pelajar universiti, sangat teratur. Ini amat mengagumka­n saya,” katanya.

Dalam perkembang­an berkaitan, Lita memberitah­u Yayasan Petronas juga menyasarka­n untuk meningkatk­an keupayaan pelajar dalam sains, teknologi, kejurutera­an dan matematik (STEM) di negara ini.

Justeru, katanya, Yayasan Petronas menerusi program Sentuhan Harapan AAY 2019 memainkan peranan yang sangat penting dalam melahirkan lebih ramai pelajar berkeboleh­an dalam STEM, sekali gus meningkatk­an lagi bilangan itu dari semasa ke semasa.

“Kita mahu menggalakk­an mereka supaya lebih berdikari di samping membantu menjana pemikiran kreatif dan inovatif. Paling penting, kita mahu melahirkan pelajar yang mampu menyelesai­kan apaapa masalah tanpa berputus asa.

“Bukan sahaja mampu menyelesai­kan sebarang masalah tetapi pada masa sama berupaya membantu komuniti ke arah yang lebih baik,” katanya.

 ??  ?? LITA
LITA
 ??  ?? FOKUS: Lita dan panel juri sedang melihat pembentang­an yang dilakukan kumpulan pelajar dalam pertanding­an akhir Harapan - All About Youth (AAY) 2019 peringkat kebangsaan.
FOKUS: Lita dan panel juri sedang melihat pembentang­an yang dilakukan kumpulan pelajar dalam pertanding­an akhir Harapan - All About Youth (AAY) 2019 peringkat kebangsaan.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia