Utusan Borneo (Sabah)

Kota Marudu kuasai tiga dari empat kategori Larian R4F

- Oleh Henry Bating

KOTAMARUDU:Larian8KmS­ekolah Rendah Advent (SRA) Bambangan di sini pada Ahad menyaksika­n hampir semua dari empat kategori yang dipertandi­ngkan dikuasai tuan rumah.

Larian yang dinamakan ‘Run for Fun’ (R4F) itu mempertand­ingkan kategori terbuka dan veteran lelaki dan wanita.

“Penyertaan larian melebihi jangkaan 200 peserta di mana bilangan yang mendaftar mencapai 323 peserta,” kata Guru Besar SRA Bambangan Anny Marungis.

Menurut Anny, para peserta datang dari pelbagai daerah meliputi Ranau, Tambunan, Kota Belud, Kiulu, Pitas, Matunggong, Kota Marudu dan sekitar kawasan Marak Parak.

Anny memaklumka­n, 109 peserta untuk lelaki terbuka, wanita terbuka (93), lelaki veteran (63), wanita veteran (58) dan beberapa peserta kanakkanak.

Kategori lelaki terbuka dimenangi Romeo Gamboh dari Goshen, disusuli Yasbie di tempat kedua (Ranau), ketiga Addy Yasbie (Pinatau KM).

Turut tersenarai pemenang 10 teratas Fredinus Julis (Bintason KM), Vilbon Madilan (Salimandut KM), Andy Sitong, Franky Paulus (Monopod KM), Mohd Jusry Justin (Kundasang), Nelbey Kerry (Kotud KM) dan Rayner Doripung (Talamason KM).

Wanita terbuka dimenangi Bibilin Fauzi (Kota Belud), disusuli di tempat kedua oleh Suzianah Ekil (Gana KM), Sinapilin Sarawai ketiga (Bintasan KM).

Turut masuk senarai 10 teratas ialah Afrina Rika (SMK Bandau), Meclania (SMK Kota Marudu), Elyaza Lai Nyuk Len, Elsa Jumilin (SMK Bandau), Annesa Ladungki (Taginambur KB), Ashrina Bakrin (Pitas) dan Saimi Sungkitang (Talamason KM).

Lelaki veteran dimenangi Rustam Masri (Talamason KM), disusuli di tempat kedua oleh Pettry Osman (Kundasang) dan Jasuel Lukim di tempat ketiga (Kiulu).

Tujuh peserta 10 teratas ialah Derus DahidanMad­usunRumond­ok(Bintoson KM), Gustin Tiam (Tamparuli), Sabin F Karangau (Pitas), Malebone Gabil (Damai KM), Juakim Majudin (Noloton KM) dan Jakuil Magindak (Talantang 2 KM).

Manakal kategori wanita veteran dimenangi Epang Sarawai (Bintasan KM), disusuli di tempat kedua oleh Vilin @ Imelda Ulut (KM) dan Annie Linus tempat ketiga (Tambunan).

Tujuh pelari 10 teratas ialah Randagon (Talamason KM), Yunsasak (Bintasan KM), Jukini Eyok (Taginambur KB), Yanih (Talamason KM), Samsiah Wahid (Pitas), Shiti Jamuda (Goshen KM) dan Leong Su Mi (SMK KM).

Amy berharap larian itu dapat mengumpul dana menyiapkan asrama pelajar sekolah berkenaan.

 ??  ?? BIBILIN: Johan wanita terbuka.
BIBILIN: Johan wanita terbuka.
 ??  ?? ROMEO: Johan lelaki terbuka.
ROMEO: Johan lelaki terbuka.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia