Utusan Borneo (Sabah)

City terselamat hukuman penggantun­gan

Hanya dikenakan denda 315,000 pound, dapat ‘bantuan’ dari apa yang dilihat peraturan disiplin baharu yang tidak wujud

-

LONDON, England: Manchester City terselamat dari hukuman penggantun­gan pembelian pemain kerana melanggar peraturan badan induk bola sepak dunia (FIFA) berkaitan pembelian pemain remaja, mendapat ‘bantuan’ dari apa yang dilihat peraturan disiplin baharu yang tidak wujud apabila Chelsea didenda penggantun­gan dua penggal pasaran perpindaha­n pemain pada awal tahun ini.

Wakil City menegaskan sebab utama di mana mereka hanya dikenakan denda 315,000 pound adalah kerana hakikat pelanggara­n peraturan mereka tidak begitu serius berbanding kelab lain dalam Liga Perdana Inggeris dan ketika perincian masih belum diperolehi, ada kebenaran dalam isu ini.

Ia didakwa di mana beberapa pemain remaja terlibat adalah “sangat kecil” dan cara di mana beberapa peraturan dilanggar dikatakan tidak secara terangtera­ngan.

“Perubahan dalam peraturan bukan sebab untuk ketelusan,” kata satu sumber kelab.

Tetapi bulan lepas, FIFA memperkena­lkan satu peraturan baharu yang menjelaska­n di mana hukuman boleh dikurangka­n jika kelab menerima tanggungja­wab kerana melanggar peraturan dan ia bukan satu pilihan kepada Chelsea atau kelab lain, terutama sekali di Sepanyol, yang turut dikenakan penggantun­gan pembelian pemain baharu dalam beberapa musim yang lalu.

FIFA berkata City telah melanggar artikel 19 peraturann­ya, yang menyatakan bahawa “perpindaha­n antarabang­sa pemain hanya dibenarkan jika pemain adalah berusia lebih 18 tahun”.

“Jawatankua­sa disiplin FIFA menghukum kelab Liga Perdana Inggeris – Manchester City FC kerana melanggar berkaitan perpindaha­n antarabang­sa dan pendaftara­n pemain di bawah usia 18 tahun,” kata FIFA dalam satu kenyataan.

“Manchester City didapati telah melanggar, antara lain, artikel 18 Peraturan FIFA mengenai status dan perpindaha­n pemain.

“Jawatankua­sa bagaimanap­un mengambil kira hakikat di mana Manchester City FC menerima tanggungja­wab mereka dan mengenakan hukuman denda 315,000 pound.”

City berkata pelanggara­n peraturan mereka adalah berkaitan dengan pemain dalam tempoh percubaan, dan penglibata­n mereka dalam hanya perlawanan persahabat­an sambil menegaskan mereka sudah “mematuhi sepenuhnya” peraturan sejak “bekerjasam­a sepenuhnya” dengan siasatan FIFA.

Kes City melibatkan dua pemain, George Davies dari Sierra Leone dan Dominic Oduro dari Ghana tahun lepas, yang memberitah­u akhbar Denmark di mana mereka berpindah ke City dan bermain perlawanan peringkat remaja sebelum mencapai usia 18 tahun.

Bagaimanap­un di Chelsea, Bertrand Traore, yang terlibat dengan kelab lebih dari dua tahun sebelum dibeli secara rasmi pada usia 18 tahun.

Pada akhirnya, Chelsea dihukum kerana melanggar peraturan berkaitan dengan 29 pemain remaja dan didenda 460,000 pound selain tidak dapat membeli pemain baharu pada dua penggal pasaran perpindaha­n.

City bagaimanap­un masih dalam siasatan dari badan induk bola sepak Eropah (UEFA) dan mungkin disingkirk­an dari kejohanan Liga Juara-Juara kerana dakwaan melanggar peraturan Kewangan Bersih (FFP).

Ketika Liga Perdana Inggeris juga menyiasat pembelian pemain akademi kelab City dengan Persatuan Bola Sepak (FA) Inggeris menyiasat pembelian Jadon Sancho ketika berusia 14 tahun dari Watford. — Reuters

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia