Sukan baharu FootGolf ada di SHMGCC

Utusan Borneo (Sabah) - - Sukan -

KOTA KINABALU: FootGolf sukan terbaharu sudah berada di sini.

Sukanituad­alahgabung­an permainan bola sepak dan golf yang dimainkan di lapangan golf atau padang khas untuk sukan itu.

Sukan itu memerlukan pemainnya menyepak bola permainan bola sepak ke lubang dan bukannya menggunaka­n pemukul dan bola golf.

Setakat ini, terdapat ada dua lapangan khas FootGolf di negara ini iaitu di Pusat Golf Bukit Jelutong, Selangor dan Pulau Pinang Resort, Johor.

Bagaimanap­un sukan baharu itu juga kini boleh dimainkan di bahagian kebun lapangan golf Sutera Harbour Marina Golf and Country Club (SHMGCC).

“Saya percaya kami (SHMGCC) adalah yang pertama mempunyai lapangan FootGolf di Sabah,” kata Pengurus Besar SHMGCC, Rick Blackie.

Menurutnya, idea untuk menyediaka­n lapangan itu di Sabah timbul semasa pertemuan dengan Pengarah Urusan Footgolf Malaysia, Jason Winter setahun lalu.

FootGolf Malaysia adalah badan pentadbir sukan itu di Malaysia dan juga ahli Persekutua­n FootGolf Antarabang­sa (FIFG).

“Selepas berbincang dengan pengurus operasi golf Paul (Wong - SHMGCC), kami memutuskan rancangan membina lapangan sembilan lubang untuk Footgolf.

“Kami gembira kerana akhirnya dapat merealisas­ikannya di mana ia adalah satu lagi daya tarikandik­elabini,”katanya ketika ditemui selepas membawa sekumpulan anggota media melawat lapangan itu dua hari lalu.

Mengulas lanjut, Rick berkata, FootGolf sebenarnya bukan sukan baharu kerana ia sudah diamalkan di Amerika Syarikat, Australia, United Kingdom dan Amerika Selatan, malahan mereka juga sudah ada liga sendiri untuk sukan itu.

Katanya, sukan itu berkembang pesat di Asia Tenggara dan beliau percaya ia juga berpotensi berkembang pesat di negeri ini.

Rick berkata, antara sasaran mengamalka­n sukan itu ialah pemain bola sepak, futsal, golf dan ragbi. Bagaimanap­un mereka akan memulakann­ya dengan ahli kelab dan anak-anak mereka untuk memperkena­lkan dan seterusnya membangunk­an sukan itu.

“Saya berpandang­an untuk di Sabah sekarang ini, kami mahu menjadikan permainan ini berorienta­sikan keluarga supaya anda boleh membawa anakanak bersama dan berjalan bersama dengan anda.

“Saya tidak mahu ia dilihat sebagai permainan golf lelaki tua di mana anda perlu memakai baju pendek dan panjang sebaliknya ia harus menjadi permainan santai yang boleh dimainkan semua.

“Pada mulanya kita akan bermula dengan ahliahli dan anak-anak ahli seterusnya lihat ke mana ia boleh dibawa selepas itu... semuanya bergantung pada tahap populariti­nya nanti.

“Saya fikir ia berpotensi untuk berkembang. Pada dasarnya anda hanya perlu RM30 untuk main permainan ini dan jika anda tidak mempunyai bola, hanya perlu tambah RM5 saja untuk menyewanya.. tentu saja anda boleh membawa bola anda sendiri.

“Jadi, tidak perlu belanja besar untuk mencuba ... hanya datang kerana anda hanya perlukan kasut joging pakaian sesuai,” katanya.

Rick berkata, jika semuanya berjalan lancar, mereka bercadang untuk membuat promosi besarbesar­an sukan itu bermula Oktober depan dan beliau berharap dapat memulakann­ya dengan menarik penyertaan pemain legenda bola sepak negeri ini.

Malah, terdapat juga rancangan untuk memperluas­kan lapangan FootGolf itu dari sembilan lubang kepada 18 lubang serta menganjurk­an kejohanan, bergantung kepada maklum balas FootGolf di sini.

“Ia hanya memerlukan tiga atau empat lubang untuk meletakkan sembilan lubang di FootGolf dan kami mempunyai lampu di Taman, jadi ada kemungkina­n untuk menikmati permainan ini pada waktu malam,” katanya.

Untuk maklumat lanjut atau mahu bermain FootGolf diminta menghubung­i kaunter pendaftara­n SHMGCC di 088-308194.

RICK

MENCUBA: Wartawan bersama Paul Wong (kiri) semasa diperkenal­kan dengan permainan FootGolf di SHMGCC, dua hari lalu.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia

© PressReader. All rights reserved.