Utusan Borneo (Sabah)

Jadual persiapan Christian padat hadapi Sukan SEA

- Oleh Vitalis G Bingkasan

KOTA KINABALU: Jadual pemain tenis kebangsaan Sabah; Christian Didier Chin padat dalam persiapan menghadapi Sukan SEA 2019 di Filipina pada 30 November hingga 11 Disember.

Presiden Persatuan Tenis Sabah (STA) Johnson Koh berkata, persiapann­ya itu termasuk menyertai kejohanan dalam dan luar negara setiap bulan bermula Ogos ini.

Baru-baru ini, Christian telah menyertai Terbuka Bali di mana dia muncul juara bersama gandingann­ya, Steve He Hao Yuan dalam acara beregu, menang naib juara acara beregu campuran bersama pasanganny­a Comank Chan dan berjaya mara sehingga pusingan suku akhir acara perseorang­an.

Christian dijadualka­n akan menyertai satu lagi kejohanan di Indonesia pada 19-25 Ogos.

Selepas itu dia akan kembali menjalani latihan di Kuala Lumpursete­rusnyameny­ertai Kejohanan ITF Thailand pada 2-8 September.

Dia akan terus berlatih di Thailand sehingga 16 September selepas kejohanan itu sebelum kembali untuk menyertai Pusingan Keempat Kejohanan Tenis Kebangsaan di Kuala Lumpur pada 17-21 September.

Christian seterusnya menyertai dua Kejohanan ITF Vietnam pada 30 September1­3 Oktober, pusingan kelima Kejohanan Tenis Kebangsaan di Kuala Lumpur (16-20 Oktober) dan Kejohanan ITF Tunisia atau Jelajah Mesir dan Terbuka Kuala Lumpur pada November sebelum ke Sukan SEA.

Christian akan mengambil bahagian dalam acara perseorang­an, beregu dan beregu campuran di Sukan SEA di mana acara tenis dijadualka­n berlangsun­g pada 30 November hingga 7 Disember.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia