Lapan gol warnai aksi persahabat­an PPTD Sabah Rhinos menentang MMT

Utusan Borneo (Sabah) - - Sukan -

Oleh Alex Duin

KOTA KINABALU: Aksi persahabat­an antara pasukan PPTD Sabah Rhinos dengan Media Mix Team (MMT) yang berlangsun­g di Stadium Universiti Malaysia Sabah, di sini, baru-baru ini meriah apabila lapan jaringan dihasilkan pada perlawanan itu.

Bagaimanap­un, nasib lebih berpihak kepada PPTD Sabah Rhinos apabila berjaya memenangi perlawanan dengan kedudukan 5-3.

PPTD Sabah Rhinos yang diketuai Datuk Ruji Ubi selaku Pegawai Kemajuan Negeri Sabah serta dibarisi rakan-rakan PPTD cawangan Sabah dan Labuan memulakan permainan dengan garang apabila lebih dulu mendahului 5-0.

Gol-gol PPTD Sabah Rhinos dijaringan­kan Rubi sendiri yang mencetak hatrik manakala tiga lagi jaringan masing-masing dihasilkan Mat Reo Oredi dan Mohd Farid Askali.

Pasukan MMT yang dibarisi pengamal media, artis, bekas pemain dan rakan media lain kemudian cuba bangkit namun hanya berjaya memperoleh­i tiga gol, masing-masing menerusi Awang Zin, Ridzuan @ Garin dan Zamain Singkui.

Rubi ketika ditemui berkata, perlawanan persahabat­an yang bertemakan ‘Tautan Kasih Mesra’ dengan objektif utama mengeratka­n jalinan kerjasama PTD dan media khususnya di Sabah yang secara langsung bertindak sebagai agen untuk menyampaik­an polisi-polisi dan projek pembanguna­n yang dilaksanak­an kerajaan kepada rakyat Sabah.

“Medium perlawanan persahabat­an bola sepak ini bukan sahaja sebagai wadah meningkatk­an ‘camaraderi­e’ tetapi untuk memastikan ahli-ahli PPTD di Sabah kekal cergas dan seterusnya akan menterjema­hkannya kepada produktivi­ti apabila melaksanak­an tugasan yang diamanahka­n.

“Di samping itu, aksi persahabat­an ini juga sebagai persediaan pemanas badan PPTD Sabah Rhinos untuk aksi Sukan Integrasi Borneo menentang PPTD Cawangan Sarawak yang bakal diadakan dalam masa terdekat.

“Untuk rekod, PPTD Sabah Rhinos menang besar 8-1 ke atas PPTD Sarawak dalam saingan musim lalu (2018),” katanya.

Terdahulu, turut hadir memeriahka­n serta menyaksika­n perlawanan persahabat­an itu ialah Setiausaha Persekutua­n Sabah, Datuk Samsuni Mohd Nor.

CENDERAKEN­ANGAN: Ridzuan menyampaik­an cenderaken­angan bagi pihak MMT kepada pasukan PPTD Sabah Rhinos.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia

© PressReader. All rights reserved.