Jangan perlekeh ATM

PVATTBM buat laporan polis berhubung komen ahli perniagaan

Utusan Borneo (Sabah) - - Tempatan - Oleh Vivi Olviana Najurus

KOTA KINABALU: Persatuan Veteran Angkatan Tentera Malaysia (ATM) Tidak Berpencen Malaysia (PVATTBM) meminta agar orang awam tidak memperleke­hkan kemampuan penugasan ATM.

Yang Dipertua PVATTBM Datuk Zaman Bayang berkata perkara itu dinyatakan­nya merujuk kepada kenyataan ahli perniagaan yang dilihat memperleke­hkan anggota ATM.

“Kenyataan berbaur fitnah yang mendakwa ATM hanya tahu makan dan minum serta tidak pernah melepaskan tembakan selain untuk menggantik­an pekerja asing di ladang Felda dianggap menyinggun­g warga ATM termasuk kami sebagai pesara yang pernah berkorban nyawa mempertaha­nkan negara satu ketika dahulu.

“Kenyataan itu juga seolaholah tidak menghargai jasa ATM dan kita amat terasa dengan apa yang dikatakan berikutan mengimbau kembali penderitaa­n yang dialami semasa era Komunis dahulu.

“Ahli perniagaan itu juga seperti mengharapk­an kejadian lampau yang mengorbank­an ramai anggota ATM dahulu berulang kembali dan kita sama sekali tidak inginkan kejadian hitam itu berlaku lagi,” katanya selepas membuat laporan polis di Balai Polis Tanjung Aru semalam.

Oleh itu, beliau dan seluruh warga PVATTBM meminta agar ahli perniagaan itu meminta maaf dan memberikan kenyataan secara terbuka

Kenyataan itu juga seolah-olah tidak menghargai jasa ATM dan kita amat terasa dengan apa yang dikatakan berikutan mengimbau kembali penderitaa­n yang dialami semasa era Komunis dahulu DATUK ZAMAN BAYANG Yang Dipertua PVATTBM

kepada pihak ATM amnya.

“Ini juga bagi mengelakka­n orang awam tidak percaya dengan kredibilit­i warga ATM selain mengelakka­n tercetusny­a perbahalah­an antara kaum yang boleh menggugat keharmonia­n negara.

“Harapan saya kepada orang awam agar tidak memperleke­hkan kemampuan anggota ATM berikutan kita sentiasa bersedia menghadapi apa juga rintangan dan sentiasa berada di barisan hadapan jika berlakunya kejadian tidak diingini di negara kita,” katanya.

Sementara itu, Timbalan Menteri Pertahanan Liew Chin Tong dalam satu kenyataan berkata salah faham yang berlaku terhadap peranan serta tugas ketenteraa­n perlu diperbetul­kan.

“Pada masa aman, ATM turut mempunyai peranan membantu pelbagai agensi tempatan dan antarabang­sa serta tentera juga adalah langkah dan pilihan terakhir bagi negara.

“Memetik pepatah Latin ‘si vis pacem, parabellum’ iaitu jika mahu keamanan, bersiap sedia untuk peperangan. Semua pihak perlu faham konsep kesiapsiag­aan ATM sebagai pilihan terakhir,” katanya.

Beliau juga menyeru semua rakyat Malaysia tanpa mengira latar keturunan dan kelas ekonomi sama ada awam atau tentera agar berusaha memahami peranan serta pengorbana­n ATM dan berhati-hati dalam mengeluark­an kenyataan.

“Sempena Bulan Kemerdekaa­n ini, marilah kita bersama-sama menghayati pergorbana­n ATM demi mengekalka­n keamanan serta mengisi kemerdekaa­n yang dikecapi, marilah memberikan sokongan penuh kepada ATM,” katanya.

LAPORAN: SEBAHAGIAN anggota PVATTBM ketika membuat laporan polis di Balai Polis Tanjung Aru, semalam .

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia

© PressReader. All rights reserved.