Utusan Borneo (Sabah)

RoS diminta bantu ahli Klan Lo dapatkan haknya

-

KOTA KINABALU: Jabatan Pendaftar Pertubuhan (RoS) diminta memberi bantuan kepada ahli persatuan Klan Lo (Long Chuan) Sabah, Lo Su Ha, mendapatka­n haknya secara adil dan saksama tanpa mengira bangsa.

Presiden Persatuan Hak Asasi Rakyat Sabah Lee Pun Yee berkata Lo sebagai seorang ahli jawatankua­sa (AJK) yang dilantik telah, bersama yang lain, mengangkat sumpah bagi sesi 2017-2019 tetapi mendapati namanya tiada dalam daftar senarai nama AJK di jabatan itu.

Sebagai sebuah persatuan yang ikhlas berkhidmat kepada rakyat dengan adil dan saksama tanpa mengira bangsa, beliau mengalu-alukan semua pertubuhan atau persatuan menjalanka­n amanah dengan adil dan membantu menyelesai­kan masalah salah faham antara satu sama lain, bukan dalam kalangan AJK atau ahli sendiri sahaja.

“Saya bersimpati dengan Lo Su Ha dan berharap pihak atasan persatuan Klan Lo (Long Chuan) Sabah serta RoS Sabah dapat mencari jalan penyelesai­ahn bahi masalah dihadapi,” katanya.

Sementara itu, Su Ha berkata persatuan itu ditubuhkan oleh abangnya yang menjadi presiden dari 2013 hingga 2016.

Katanya sebagai seorang yang pengalaman dalam persatuan itu, abangnya tidak memberi bantuan kepadanya yang menghadapi masalah pendaftara­n dengan RoS, malah disuruh membuat aduan sendiri di pejabat RoS.

“Sebagai seorang yang pengalaman dalam persatuan, dia seharusnya memberi bantuan kepada ahli persatuan, lebih-lebih lagi adiknya sendiri,” katanya.

Dalam pada itu, satu lagi isu yang berlaku dalam persatuan itu adalah pelantikan Lo Lee Vui sebagai timbalan presiden bagi Biro Wanita walaupun dia bukan seorang ahli persatuan.

“Diharap persatuan memberi jawapan ikhlas dan adil kepada saya dan ahli persatuan lain. RoS boleh menjalanka­n siasatan kenapa persatuan boleh memberi jawatan kepada seseorang yang bukan ahli,” tambah Su Ha.

 ??  ?? HAK ASASI: Kelihatan Lee (dua kiri) bersama Lily Chong(kiri), Lo Su Ha(dua kanan) dan John Lo.
HAK ASASI: Kelihatan Lee (dua kiri) bersama Lily Chong(kiri), Lo Su Ha(dua kanan) dan John Lo.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia