Utusan Borneo (Sabah)

Adun Kemabong sumbang tujuh ekor lembu

- Oleh Kenneddy Corlleus

KEMABONG: Sempena sambutan Hari Raya Aidiladha tahun ini, Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Kemabong Jamawi Jaafar menyumbang tujuh ekor lembu untuk ibadah korban.

Antara masjid dan surau yang menerima sumbangan itu termasukla­h Masjid Kampung Bamban, Kampung Pantogan, Kampung Baru Jumpa, Kampung Kuala Tomani, Kelas Suadara Kita Pekan Tenom, Madarasah Tahfiz Nur Aisyah dan Pusat Khidmat Adun Kemabong.

Ditemui semasa majlis penyerahan lembu kepada para pengerusi masjid yang menerima sumbangan itu pada Sabtu lepas, Jamawi yang juga ketua Badan Belia Usia Sabah berkata daging korban itu akan diagih-agihkan kepada golongan asnaf saudara baru dan golongan yang memerlukan yang diselarask­an oleh pengerusi jawatankua­sa masjid terlibat.

“Tahun depan, kita akan perluaskan lagi sumbangan ini ke kampung lain di kawasan Kemabong mengikut giliran,” katanya ketika ditemui selepas majlis penyerahan itu.

Sementara itu, tahun ini Jamawi turut menunaikan sembahyang sunat Aidiladha bersama masyarakat Islam setempat di Masjid Ladang Sapong Kemabong yang turut disertai oleh Penolong Setiausaha Badan Belia Usia Sabah Imam Mohd Taslim Haji Tahir.

Dalam pada itu, Jamawi yang juga pengerusi Kelab Penyokong Kerajaan mengajak rakyat khususnya masyarakat Islam agar menghayati pengertian di sebalik ibadah korban.

Katanya, rakyat perlu sentiasa bersatu padu bagi mengelak perpecahan berlaku.

“Kita harus mengetepik­an segala kepentinga­n diri bagi kebaikan masyarakat seterusnya memupuk semangat cintakan negara bagi mencapai keharmonia­n di dalam negara yang berbilang bangsa, agama dan kaum ini,” katanya.

 ??  ?? SERAH: Jamawi menyerahka­n sumbangan lembu kepada salah seorang pengerusi masjid untuk ibadah korban.
SERAH: Jamawi menyerahka­n sumbangan lembu kepada salah seorang pengerusi masjid untuk ibadah korban.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia