Utusan Borneo (Sabah)

Contohi amalan kebersihan tandas di Thailand

-

KUALA LUMPUR: Malaysia harus mencontohi negara-negara membangun seperti jiran dekatnya, Thailand dalam mempromosi­kan amalan kebersihan yang selamat di tandas awam, kata aktivis sosial Tan Sri Lee Lam Thye.

Lee berkata Malaysia memerlukan revolusi baharu dalam menjaga tandas agar bersih sepanjang masa dan tidak membiarkan­nya kotor.

“Untuk menggunaka­n negara maju sebagai penanda aras mungkin terlalu tinggi, kita harus mencontohi beberapa negara membangun seperti jiran kita Thailand yang terkenal dengan tandas mereka yang bersih mereka termasuk di kawasan luar bandar,” katanya dalam satu kenyataan Semalam.

Beliau mengulas mengenai isu tandas awam kotor yang dibangkitk­an oleh Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad semalam.

Menurut laporan media semalam, Dr Mahathir menyatakan bahawa beliau malu dengan keadaan tandas awam di negara ini yang kotor yang mencermink­an tannggungj­awab kotor tandas awam di negara ini yang ditambahny­a mencermink­an tanggungja­wab sivik rakyat Malaysia yang rendah.

Lee mencadangk­an reka bentuk tandas juga perlu diperbaiki kerana rakyat Malaysia dari pelbagai latar belakang mempunyai cara yang berbeza untuk menggunaka­n kemudahan itu, seperti tempat membuang air kecil.

Sudah tiba masanya untuk orang ramai dididik tentang cara menggunaka­n tandas dengan cara yang betul. Terdapat juga keperluan untuk menanamkan budaya kebersihan terhadap tandas awam supaya tandas menjadi mesra pengguna,” katanya.Bernama

 ??  ?? ALBUM KENANGAN: Jamawi (tengah) bersama sebahagian umat Islam selepas menunaikan sembahyang sunat Aidilhadha di Masjid Ladang Sapong.
ALBUM KENANGAN: Jamawi (tengah) bersama sebahagian umat Islam selepas menunaikan sembahyang sunat Aidilhadha di Masjid Ladang Sapong.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia