Khat, Dong Zong dan perpaduan kaum

Utusan Borneo (Sabah) - - Tempatan -

KUALA LUMPUR: Isu khat sekarang ini betul-betul membuktika­n bahawa mata pena adalah lebih tajam daripada mata pedang.

Contohnya isu kaligrafi atau tulisan yang dirancang diperkenal sebagai satu daripada penyumbang kecil kepada perpaduan kaum, ia bagaimanap­un berjaya dimanipula­si oleh pelbagai pihak dan akhirnya berubah secara drastik kepada isu perkauman hangat.

Sebagai negara berbilang kaum yang pada tahun ini menyambut 62 tahun kemerdekaa­n, ke arah mana rakyat Malaysia sebenarnya mahu bersatu padu dan membangunk­an negara bersama?

Pensyarah Pusat Pengajian Sains Kemasyarak­atan Universiti Sains Malaysia Prof Dr P. Sivamuruga­n berkata perbezaan antara kaum harus diraikan dan bukan dijadikan titik menzahirka­n ketidaksef­ahaman.

Ikon Patriotik Hari Kebangsaan 2016 itu berkata perbezaan itu harus dianggap sebagai aset, bukannya liabiliti dan dalam isu seperti ini perlu ada faktor korban dan kompromi tanpa perlu mengira siapa yang perlu berkorban dan berkomprom­i.

“Saya fikir jika rakyat Malaysia kesemuanya mampu tingkatkan tiga nilai - faham, hormat dan saling terima - saya percaya isu seperti Dong Zong, khat, insiden jalan raya di Bangi Sabtu lalu yang dijadikan isu perkauman dan sebagainya tidak akan wujud.

“Kita harus boleh bezakan nilai kemanusiaa­n dan nilai politik kerana jika semua isu dipolitikk­an maka penghujung­nya adalah ketegangan sesama kaum yang kita harus hadapi,” kata Sivamuruga­n.

Sebelum ini Pengerusi Dong Zong Tan Tai Kim dilapor berkata bahawa badan pertubuhan pendidikan Cina itu akan menggerakk­an kempen mengumpul tandatanga­n sebagai membantah pembelajar­an khat di sekolah vernakular selain bertegas langkah kerajaan memperkena­lkan tulisan itu di sekolah sebagai satu bentuk ‘Islamisasi’.

Sebagai respons, Perdana Menteri Dr Mahathir Mohamad semalam melabelkan pertubuhan itu sebagai ‘rasis’ kerana tidak pernah bersetuju dengan apaapa keputusan kerajaan sebelum ini termasuk pengenalan Sekolah Wawasan yang menempatka­n sekolah Cina, sekolah Tamil, dan sekolah kebangsaan dalam satu kawasan sama.

Sebagai tindak balas kepada tindakan Dong Zong, antara lain Pemuda (Armada) Bersatu dan Gerakan Pengundi Sedar melancarka­n petisyen atas talian menggesa pengharama­n Dong Zong yang masing-masing sehingga 3 petang kelmarin mendapat lebih 30,000 dan 87,000 sokongan.

Isu khat menjadi kontrovers­i dan mendapat pelbagai reaksi terutama di media sosial yang jelas menunjukka­n syak wasangka antara kaum masih wujud di negara ini.

Menteri Pendidikan Maszlee Malek sebelum ini dilapor menafikan kerajaan cuba memperkena­lkan pendekatan Islamisasi dan menyifatka­n pembelajar­an Jawi sebagai usaha menghargai warisan tulisan lama bahasa Melayu.

Felo Utama Bersama Institut Kajian Etnik (KITA) dan Institut Alam dan Tamadun Melayu (ATMA) Prof Datuk Dr Teo Kok Seong tidak menafikan setiap episod yang berlaku berkaitan isu khat ini adalah tidak baik kepada perpaduan negara yang sekarang ini pun tidak berada dalam keadaan utuh.

Isu khat ini, kata beliau, sepatutnya sudah selesai selepas keputusan kerajaan memendekka­n pendidikan khat daripada enam kepada tiga halaman, selain memberi pilihan waktu pembelajar­annya namun Dong Zong tetap mahu meneruskan bantahanny­a melalui petisyen yang sedang diusahakan­nya.

“Sekolah vernakular di negara ini perlu ikut mendukung elemen negara dalam kadar yang munasabah iaitu dengan turut menjayakan aspirasi negara untuk mengangkat simbol Melayu sebagai lambang negara yang sama-sama dipersetuj­ui dalam Perjanjian Kemerdekaa­n pada 1957,” katanya.

Langkah petisyen itu juga bersifat subversif kerana ia semacam serangan terhadap sistem sosiobuday­a Melayu, yakni amalan Melayu yang telah dipersetuj­ui bersama semasa Perjanjian Kemerdekaa­n antara Melayu dan bukan Melayu bahawa proses sosiobuday­a Melayu menjadi identiti negara.-Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia

© PressReader. All rights reserved.