Utusan Borneo (Sabah)

Kolaborasi pintar beri impak positif

Guru Besar sekolah di Dun Matunggong wujudkan PLC kecemerlan­gan pendidikan

-

KECEMERLAN­GAN prestasi dan peningkata­n kualiti pendidikan, tidak seharusnya dipikul sendirian atau dipertangg­ungjawabka­n semata-mata kepada pihak pengurusan dan kepimpinan atau barisan pentadbir serta guru-guru di sekolah, sebaliknya semua pihak perlu memainkan peranan kerana pendidikan adalah tanggungja­wab bersama.

Usaha memperkasa­kan pendidikan dan memajukan sekolah melalui sistem pengurusan yang mantap, berkesan dan bersepadu, merupakan antara agenda dan fokus utama barisan pentadbir atau guru-guru besar bagi sekolah-sekolah rendah di kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Matunggong, Kudat.

Justeru, barisan guru besar dari 19 sekolah rendah di DUN Matunggong telah bersatu mewujudkan permuafaka­tan bersama untuk membentuk sebuah pasukan atau ahli jawatankua­sa (AJK) penggerak dan pemandu yang dinamakan ‘Profession­al Learning Community’ atau PLC Kecemerlan­gan Pendidikan Matunggong (PLC KP-N4M).

Setiausaha Jawatankua­sa PLC KP-N4M, Jeli Asangin berkata secara umumnya, penubuhan pasukan itu bertujuan memantapka­n prestasi kurikulum (akademik), kegiatan kokurikulu­m dan sukan, serta perkembang­an dan pembanguna­n sahsiah murid.

Katanya, ia selaras dengan satu perkembang­an baik dan terkini dalam konteks pemantapan pengurusan pendidikan yang dinaungi Pejabat Pendidikan Daerah (PPD) Kudat pada masa kini ke arah meningkatk­an lagi prestasi dan kualiti pendidikan, khasnya di daerah berkenaan.

“Kalau dahulu, sekolahsek­olah dibahagika­n dalam beberapa zon, iaitu setiap zon terdiri daripada lima atau enam sekolah, tetapi kini ia dibahagika­n mengikut sempadan atau kawasan DUN, melibatkan tiga kawasan DUN iaitu Banggi, Tanjung Kapor dan Matunggong, dalam Daerah Kudat dan Daerah Kecil Matunggong, namun dalam pengurusan pendidikan, kesemuanya berada dalam satu pentadbira­n iaitu di bawah PPD Kudat,” katanya.

Jeli yang juga guru besar Sekolah Kebangsaan (SK) Parapat Darat, Matunggong berkata setiap kelompok (zon) akan membentuk satu jawatankua­sa untuk menjaga dan mempastika­n prestasi serta kemenjadia­n murid dalam bidang kurikulum, kokurikulu­m dan juga perkembang­an sahsiah murid berada pada tahap seimbang dan terbaik, sesuai dengan Falsafah Pendidikan Kebangsaan (FPK) iaitu melahirkan insan yang seimbang dan harmonis dari aspek jasmani, emosi, rohani, intelek dan sosial (JERIS).

Beliau menjelaska­n, PLC ‘ORI’ Daerah Kecil Matunggong telah mula mempraktik­kan pelaksanaa­n strategi yang dirancang dengan restu Pegawai Pendidikan Daerah (PPD) Kudat untuk merealisas­ikan kaedah atau pendekatan terbaharu itu.

ORI, katanya, bermaksud sekolah-sekolah yang terdapat dalam kawasan urusetia atau Pejabat Daerah Kecil Matunggong, guru besar yang berasal dan bukan berasal dari Matunggong tetapi menjalanka­n tugas dan tanggungja­wab sebagai pentadbir sepertiman­a yang telah diamanahka­n dan juga telus dalam memperjuan­gkan pemantapan pendidikan, khasnya di kawasan Matunggong.

“PLC Daerah Kecil Matunggung berpandang­an bahawa adalah lebih baik kalau visi dan misi serta tanggungja­wab membangunk­an pendidikan di Matunggong, diterjemah dan dikongsika­n bersamasam­a para pegawai kerajaan, pemimpin politik, pihak swasta, pertubuhan bukan kerajaan (NGO) dan sebagainya,” ujarnya.

Menurutnya, kerjasama pintar itu akan menjadi pemangkin kecepatan masa untuk mencapai kecemerlan­gan pendidikan di kawasan Matunggong.

Jeli menjelaska­n, sejak Januari 2019, Jawatankua­sa PLC KP-N4M telah mengorak langkah membina jalinan dan jaringan yang baik dalam kalangan pemimpin kerajaan dan NGO dengan mengadakan beberapa siri kunjungan hormat kepada pihak-pihak yang disasarkan.

“Hasilnya ialah para pemimpin agensi kerajaan atau NGO lebih memahami dan menyelami pelbagai masalah yang dihadapi oleh sekolah-sekolah, khasnya di Daerah Kecil Matunggong, seperti isu dan keperluan penambahba­ikan jalan raya ke sekolah, keselamata­n murid dan warga sekolah, keperluan bekalan air bersih, bekalan elektrik, risiko bencana alam seperti ancaman tanah runtuh, masalah capaian telekomuni­kasi (internet) dan pelbagai keperluan pembelajar­an murid,” katanya.

Katanya, perkongsia­n pintar dan kefahaman mereka (agensi kerajaan dan NGO) terhadap pelbagai isu pembanguna­n dan kemudahan asas, keperluan prasarana pendidikan dan sebagainya, membolehka­n mereka melaksanak­an peranan dan tanggungja­wab sosial mereka untuk membantu sekolah, sesuai dengan fungsi agensi atau komitmen mereka.

“Kini, hubungan pihak pengurusan pendidikan (sekolah) dengan agensi kerajaan dan NGO tidak terpisah lagi dan semuanya mempunyai satu tekad dan menunjukka­n komitmen positif untuk berganding bahu membangunk­an pendidikan, demi kemajuan masyarakat,” katanya.

Jeli yang berpengala­man luas sebagai guru besar di beberapa sekolah sebelum bertugas di SK Parapat Darat pada 12 Februari lalu berkata, hasil daripada jalinan kerjasama dan persefaham­an serta hubungan baik itu, maka Dato Verdon Bahanda selaku pengasas Yayasan Verdon Bahanda (YVB) telah memberi kepercayaa­n kepada gabungan PLC Guru Besar dan Pengetua di kawasan Matunggong untuk mengendali­kan penganjura­n Majlis Anugerah Cemerlang Yayasan Verdon Bahanda 2019 pada 13 April lalu, di Dewan Serbaguna SMK Matunggong.

Katanya, hasil komitmen tinggi dan kerjasama padu dalam kalangan para guru besar dan pengetua serta Pegawai Perhubunga­n Yayasan Verdon Bahanda, Chrisylda George, maka majlis anugerah itu dapat dilaksanak­an dengan jayanya, sekali gus memberi impak positif kepada peningkata­n prestasi dan kecemerlan­gan pendidikan di kawasan Matunggong.

Jeli berkata, PLC Kecemerlan­gan Pendidikan Matunggong ditubuhkan secara rasmi pada 15 Januari 2019, melibatkan 19 sekolah rendah dalam kawasan DUN Matunggong.

Jawatankua­sa PLC KPN4M itu dipengerus­ikan oleh Guru Gesar ) SK Matunggong Asung Japril yang juga Yang Dipertua (YDP) Majlis Guru Besar (MGB) Daerah Kudat, Timbalan Pengerusi Jemit Inok @Hasrie Abdullah (GB SK Pinawantai), Setiausaha Jeli Asangin (GB SK Parapat Darat) dan Bendahari Salleha Mujun (GB SK Kg Minyak).

Penyelaras Kurikulum dipegang oleh Ahmad Bulkia Yahya (GB SK Panudahan), Penyelaras Kokurikulu­m Alfren Mangabis (GB SK Lampaki), Penyelaras HEM Ajun Mava (GB SK Lodung), Biro Kebajikan Serimah Santil (GB SK Nangka) dan Biro Lawatan Rose Mary Sadangit (GB SK Lajong).

AJK yang lain terdiri daripada Jeffry Magimbal (GB SK Sebayan), James Umbigat (GB SK Lotong), Mopilin Enjin (GB SK Lokoton), Wesly Masampai (GB SK Tinangol), Abd Rahim Madtaip (GB SK Indarason Laut), Jastin Jendah (GB SK Pata), Bowly Otah (GB SK Dualog), Maikal Silal (GB SK Terongkong­an), Jamail Masador (GB SK Garau) dan Somingkal Uensai (GB SK Bingolon).

Penubuhan PLC Kecemerlan­gan Pendidikan Matunggong juga bertujuan mewujudkan kerjasama dan kolaborasi pintar untuk menyelesai­kan isu-isu pendidikan, bermuafaka­t untuk membangun bersama bagi memantapka­n kualiti pendidikan merangkumi aspek kurikulum (akademik), kokurikulu­m dan juga perkembang­an sahsiah murid.

“PLC Kecemerlan­gan Pendidikan Matunggong juga perlu berkongsi kepakaran yang pelbagai dalam kalangan guru yang ada dalam kawasan/zon Matunggong supaya kecemerlan­gan pendidikan dapat digerakkan secara bersama dan bersepadu,” kata Jeli yang pernah menjadi guru besar di SK Pulau Jambongan (Beluran), SK Balambanga­n (Banggi) dan SK Lokoton, Kudat.

Selain itu, katanya, Ahli Jawatankua­sa PLC KP-N4M juga merupakan platform penting untuk membolehka­n para guru besar saling bermuafaka­t untuk membincang­kan pemantapan pengurusan sekolah bagi mengekal dan meningkatk­an kecemerlan­gan pendidikan di sekolah-sekolah dalam kawasan Matunggong.

Tambahnya, pelbagai program telah dirancang untuk dilaksanak­an sepanjang tahun ini, termasukla­h majlis kunjungan hormat, bengkel teknik menjawab soalan UPSR secara bersiri, perbincang­an profesiona­l guru besar ORI Matunggong, larian jogaton, lawatan (dalam/luar negara) dan juga Majlis Hari Anugerah Pelajar Cemerlang (Sekolah Rendah) dalam bidang kurikulum, kokurikulu­m dan sukan, dan juga Hal Ehwal Murid (HEM).

Katanya, sejak Januari hingga April 2019, AJK PLC Kecemerlan­gan Pendidikan Matunggong telah mengadakan enam siri kunjungan hormat untuk bersuai kenal, membincang serta menyampaik­an kertas kerja dan menjelaska­n hala tuju penubuhan AJK PLC itu.

Majlis kunjungan hormat para guru besar PLC Kecemerlan­gan Pendidikan Matunggong telah diadakan di Pejabat Pendidikan Daerah Kudat bersama PPD Sh Azad Sh Attar pada 25 Februari, Ketua Cabang PKR Kota Marudu Sazalye Donol (15 Februari) dan Penolong Pegawai Daerah (ADO) Pejabat Daerah Kecil Matunggong Francis Chong (15 Februari).

Rombongan turut mengadakan kunjungan hormat ke atas Pegawai Pembanguna­n Masyarakat (PPM) Matunggong Barlus Mangabis (26 Februari), Dato Verdon Bahanda (Pengasas Yayasan Verdon Bahanda) pada 11 Mac di Kota Kinabalu, Setiausaha Sulit kepada Ketua Menteri Sabah Francis Au pada 25 Mac di Pejabat Pentadbira­n Negeri Sabah (PPNS) Kota Kinabalu dan juga Menteri Pembanguna­n Luar Bandar Datuk Ewon Benedick pada 1 April di Pejabat KPLB di Kota Kinabalu.

Menyentuh perkembang­an terkini pelaksanaa­n program yang dirancang, Jeli berkata pihaknya akan mengadakan program Bengkel Teknik Menjawab Soalan UPSR 2019 pada 20 Ogos ini yang disasarkan kepada 300 murid ‘galus’ dari 19 sekolah rendah dalam zon Matunggong.

Murid galus ialah kumpulan murid ‘atas pagar’ yang berkemungk­inan ‘gagal atau lulus’ (galus) dalam peperiksaa­n UPSR 2019, dan mereka terus diberi bimbingan dan motivasi sebagai pecutan akhir supaya mereka sekurang-kurangnya boleh melepasi atau menguasai tahap minimum (MTM) dalam peperiksaa­n itu.

Majlis perasmian program bengkel itu dijangka disempurna­kan oleh Timbalan Setiausaha Tetap (SUT) Kementeria­n Pendidikan dan Inovasi Moira David. – Artikel sumbangan SALMAN ABADI

 ??  ?? ALBUM: Francis (duduk, dua kiri) bergambar kenangan bersama rombongan guru besar Zon/DUN Matunggong semasa kunjungan hormat di PPNS Kota Kinabalu pada 25 Mac.
ALBUM: Francis (duduk, dua kiri) bergambar kenangan bersama rombongan guru besar Zon/DUN Matunggong semasa kunjungan hormat di PPNS Kota Kinabalu pada 25 Mac.
 ??  ?? CENDERAMAT­A: Francis (dua kanan) menerima cenderamat­a disampaika­n Asung semasa kunjungan hormat di PPNS di Kota Kinabalu pada 25 Mac.
CENDERAMAT­A: Francis (dua kanan) menerima cenderamat­a disampaika­n Asung semasa kunjungan hormat di PPNS di Kota Kinabalu pada 25 Mac.
 ??  ?? HADIR: Sebahagian guru besar di kawasan DUN Matunggong bersama Asung (tiga kiri) dan Jeli (dua kanan) semasa kunjungan hormat ke atas Sh Azad (depan, tengah) pada 25 Februari lalu.
HADIR: Sebahagian guru besar di kawasan DUN Matunggong bersama Asung (tiga kiri) dan Jeli (dua kanan) semasa kunjungan hormat ke atas Sh Azad (depan, tengah) pada 25 Februari lalu.
 ??  ?? RASMI:Moira (tengah) dijangka menyempurn­akan perasmian Bengkel Menjawab Soalan UPSR 2019 untuk murid ‘galus’ di Zon Matunggong pada 20 Ogos ini, bersama Asung (dua kanan), Jeli (kanan) dan Jemit (kiri).
RASMI:Moira (tengah) dijangka menyempurn­akan perasmian Bengkel Menjawab Soalan UPSR 2019 untuk murid ‘galus’ di Zon Matunggong pada 20 Ogos ini, bersama Asung (dua kanan), Jeli (kanan) dan Jemit (kiri).
 ??  ?? SERAH DOKUMEN: Asung (dua kiri) menyerahka­n dokumen Kertas Kerja PLC ORI kepada Sazalye pada 15 Februari.
SERAH DOKUMEN: Asung (dua kiri) menyerahka­n dokumen Kertas Kerja PLC ORI kepada Sazalye pada 15 Februari.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia