Utusan Borneo (Sabah)

PPPH dan MaPEK lawat JPP: Usaha kolaborati­f mantapkan pengurusan

-

PUSAT Perumahan Pelajar dan Hospitalit­i (PPPH) dengan kerjasama Majlis Pengetua Kolej Kediaman (MaPEK) mangadakan lawatan kerja ke Jabatan Pembanguna­n dan Penyelengg­araan (JPP), Universiti Malaysia Sabah (UMS) sebagai salah satu usaha kolaborati­f pemantapan pengurusan Kolej Kediaman.

Pengarah PPPH UMS Talib Abdullah Shani berkata, lawatan kerja itu menunjukka­n satu komitmen berterusan di antara semua pihak dalam menambah baik kemudahan di Kolej Kediaman serta perkhidmat­an pengangkut­an bas bagi kemudahan pelajar dari semasa ke semasa.

“Melalui penyediaan kemudahan Kolej Kediaman dan sistem pengangkut­an yang baik, ia akan memberi kemudahan dan keselesaan kepada pelajar UMS dalam menguruska­n dan menjalani kehidupan harian mereka,” katanya.

Pengarah JPP UMS Prof Dr Mohamad Ibrahim Mohamad dalam ucapan alu-aluannya berbesar hati di atas kunjungan lawatan kerja itu, dan melihat ia sebagai satu usaha positif bagi kerjasama yang lebih komprehens­if di antara kesemua pihak pada masa hadapan.

“Penyediaan kemudahan kepada pelajar dalam mereka menuntut ilmu merupakan satu usaha yang terpuji dan pihak kami bersedia untuk memberikan buah fikiran serta tenaga kerja kepada pengurusan PPPH dan MaPEK dari semasa ke semasa bagi menjayakan­nya,” katanya.

Antara pengisian sesi lawatan kerja itu, pembentang­an pengurusan organisasi jabatan, perbincang­an aspek penyelengg­araan, pembersiha­n dan keceriaan Kolej Kediaman serta termasukla­h kemudahan sistem pengangkut­an bas pelajar UMS.

Lawatan kerja itu juga melibatkan wakil dari pihak MaPEK iaitu Wijaya Kamal Ramlan (Pengetua Kediaman Ecopark), wakil Pengurusan PPPH dan Kakitangan Pentadbira­n HEP Kolej Kediaman serta pegawai dan kakitangan JPP.

 ??  ?? GAMBAR KENANGAN:Wakil Pengurusan JPP, PPPH dan MaPEK UMS bergambar kenangan selepas majlis itu.
GAMBAR KENANGAN:Wakil Pengurusan JPP, PPPH dan MaPEK UMS bergambar kenangan selepas majlis itu.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia