‘Jangan mudah mengalah’, kunci kejayaan alumni UMS

Utusan Borneo (Sabah) - - Rencana -

“Fokus, kesabaran yang tinggi dan tetap percaya pada matlamat yang ingin dituju perlu ada dalam diri untuk terus maju ke hadapan. Jangan sesekali mudah berputus asa dan hilang tumpuan walaupun ada masyarakat di sekeliling yang kurang menaruh keyakinan,

UNIVERSITI Malaysia Sabah melalui Pusat Kerjaya & Alumni mengadakan program jejak alumni, baru-baru ini.

Program itu bertujuan menjejaki alumni yang berjaya dalam apa jua bidang pekerjaan mahupun perniagaan yang diceburi.

Rombongan yang diketuai oleh Timbalan Pengarah Pusat Kerjaya & Alumni Mohd Raffie Hj Janau bersama Ketua Bahagian Alumni Mardena Jiwan serta kakitangan Pusat Kerjaya & Alumni itu disambut baik oleh pemilik dan pengusaha perniagaan bakeri dan kafe ‘Kak Kiah Coffee

House’ Dg Irme Hafziany Ag Yusop, alumni UMS yang bergraduas­i pada tahun 2009, berasal dari Papar.

“Fokus, kesabaran yang tinggi dan tetap percaya pada matlamat yang ingin dituju perlu ada dalam diri untuk terus maju ke hadapan. Jangan sesekali

mudah berputus asa dan hilang tumpuan walaupun ada masyarakat di sekeliling yang kurang menaruh keyakinan,” kata Dg Irme.

Ia adalah kunci utama graduan berkelulus­an Ijazah Sarjana Muda Pendidikan di Universiti Malaysia Sabah (UMS), ketika memulakan perniagaan itu.

Pada awalnya, perniagaan bermula semenjak tahun 2008 oleh ibunya yang juga seorang ibu tunggal, yang pada ketika itu, hanya menjual kek secara kecil-kecilan dan dimulakan penjualan itu dari rumah sahaja.

Namun, perniagaan ibunya sekadar tertumpu di bahagian Papar sahaja dan kadangkala berjualan di bazar demi menampung kehidupan sekeluarga pada ketika itu.

Pada tahun 2013, berbekalka­n kesabaran dan semangat yang tinggi, Dg Irme mula mengorak langkah dan mengembang­kan perniagaan ibunya ke peringkat yang lebih meluas dengan memperkena­lkan ‘Cake In Jar’ ke dalam dunia internet serta membuat penjualan secara ‘cash on delivery’.

Apabila permintaan semakin meningkat, beliau membuka dan menjalanka­n perniagaan Kak Kiah

Cake House dan juga Kak Kiah Coffee House.

Kini, perniagaan itu bukan sahaja dijalankan oleh beliau sendiri malah keluarga turut serta dalam menjayakan perniagaan Kak Kiah.

Berkat kesungguha­n beliau, perniagaan itu berjaya meraih pendapatan lebih kurang RM4 juta setahun.

Jenama Kak Kiah mula dikenali sekurang-kurangnya di negara Asia dan mampu memasarkan produk sehingga ke seluruh negara Asia. Setakat ini, terdapat tujuh cawangan perniagaan yang telah

dibuka.

“Kini, kami telah membuka empat cawangan Kak Kiah Coffee House, satu kilang pemprosesa­n dan sebuah Kiosk Kak Kiah Cake House.

“Bukan itu sahaja, malah kami juga berkongsi rezeki bersama 50 ejen di seluruh Sabah dengan memasarkan Kak Kiah Cake

Freezer yang kini boleh didapati di premisprem­is terpilih di seluruh Sabah,” jelas beliau.

CENDERAHAT­I:Dg Irme (tengah) menerima cenderahat­i daripada Mohd Raffie (kiri).

KEK:Pelbagai jenis kek yang dijual di kedai Kak Kiah Cake House.

KONGSI:Dg Irme (kanan) berkongsi pengalaman dan cabaran ketika memulakan perniagaan Kak Kiah.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia

© PressReader. All rights reserved.