Pendidikan mesti dikembang bagi tangani cabaran kesan daripada perubahan dunia

Utusan Borneo (Sabah) - - Rencana -

KETUA Menteri Sarawak, Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg berkata pendidikan mesti dikembangk­an bagi menangani cabaran-cabaran kesan daripada dunia yang sentiasa berubah.

Beliau berkata idea-idea pendidikan tradisiona­l tidak lagi mencukupi untuk melahirkan generasi baharu yang berkeboleh­an menghadapi cabaran pada masa depan.

“Pendidikan mesti berkembang untuk menangani cabarancab­aran dunia yang sentiasa berubah dan kelas bahasa Inggeris adalah persekitar­an sempurna menggalakk­an kreativiti serta pemikiran kreatif selain menyemai nilai-nilai murni.

“Oleh itu, adalah masuk akal, guru-guru bahasa Inggeris membincang­kan tentang pendidikan (bahasa Inggeris) masa depan untuk masa depan,” katanya.

Beliau berkata demikian dalam teks ucapannya yang dibaca Menteri Pendidikan, Sains dan Penyelidik­an Teknologi Dato Sri Michael Manyin Jawong pada Majlis Perasmian Persidanga­n Antarabang­sa Persatuan Pengajar Bahasa Inggeris Malaysia (MELTA) Ke28 di sebuah hotel di sini, kelmarin.

Abang Johari berkata pendidikan tidak hanya mengenai penyampaia­n dan penguasaan pengetahua­n serta kemahiran tertentu tetapi menyediaka­n pelajar untuk masa depan yang menekankan aspek imaginasi serta kreativiti.

“Pendidikan berkualiti adalah pendidikan yang melengkapk­an anakanak kita dengan kuasa imaginasi, kreativiti dan pemikiran kritis bukan hanya untuk terus hidup tetapi berkembang maju,” katanya.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia

© PressReader. All rights reserved.