Utusan Borneo (Sabah)

Warga USIM korban tujuh ekor lembu

-

WARGA Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) bergotong-royong menjayakan program Ibadah Korban dan Aqiqah 2019 anjuran Pusat Islam USIM di Kompleks Islam Tuanku Muhriz USIM di sini, kelmarin.

Pengarah Pusat Islam Mohammad Aizuddin Abdul Aziz berkata program yang bermula seawal 7.30 dengan aktiviti penyembeli­han telah berjalan lancar dan mencapai matlamat penganjura­nnya.

“Pada tahun ini, sebanyak tujuh ekor lembu dikorbanka­n dan daging korban diagihkan kepada asnaf universiti itu seperti dalam rekod Pusat Wakaf dan Zakat USIM, peserta program dan untuk jamuan,” katanya dalam kenyataan di sini.

Pensyarah Fakulti Pengajian Quran dan Sunnah USIM, Prof. Madya Dr Khairul Anuar Mohamad berkata penglibata­n dari staf dan pelajar menunjukka­n adanya kerjasama yang erat serta kehadiran Timbalan Naib Canselor Hal Ehwal Pelajar dan Alumni, Prof Madya Dr Mohd Rushdan Mohd Jailani secara tidak langsung memberi suntikan semangat kepada semua peserta untuk menjayakan program tersebut.

Sementara itu Setiausaha Majlis Perwakilan Pelajar (MPP) 2018/2019 Muhammad Danial Akmal Hamdan pula berkata pengalaman kali pertama menyertai ibadah korban di USIM sesuatu yang menarik kerana dapat mengenali pensyarah lain dan merasai suasana ibadah korban.- Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia