Utusan Borneo (Sabah)

FPEP rai 20 pelajar Program Daegu Internatio­nal Summer Study

-

FAKULTI Perniagaan, Ekonomi dan Perakaunan, Universiti Malaysia Sabah (UMS) menganjurk­an majlis makan malam untuk meraikan seramai 20 pelajar antarabang­sa bagi Program Daegu Internatio­nal Summer Study 2019.

Program itu melibatkan pelajar dari sekitar Bandar Daegu, Korea Selatan, termasukla­h pelajar dari Kyung Pook National University, Hosan University, Daegu Health College, Catholic Sangji College, Daegu Catholic University dan Mun Kyung College yang berada di UMS selama hampir sebulan.

Dekan FPEP UMS Prof Madya Dr Raman Noordin merakamkan penghargaa­n dan tahniah kepada semua pihak yang terlibat dari kedua-dua negara di atas komitmen dan kerjasama yang baik sepanjang program itu berjalan.

Objektif utama program termasukla­h meningkatk­an pemahaman para pelajar berkaitan isu perniagaan global, kebudayaan dan alam semulajadi, silang budaya dalam pelbagai aspek kedua buah negara.

Di antara pengisian program penutupan pada malam itu antaranya persembaha­n kesenian dan kebudayaan masyarakat tempatan.

Program yang diadakan di D’Palace Restaurant itu turut dihadiri oleh Pengarah Pusat Pengantara­bangsaan dan Penglibata­n Global UMS Prof Dr Ho Chong Mun, Dekan Pusat Penataran Ilmu dan Bahasa (PPIB) Prof Dr Jualang @ Azlan Abdullah Gansau, Timbalan Pengarah Pusat Pengurusan Strategik dan Komunikasi Korporat Dr Jakaria Dasan, Timbalan Dekan FPEP Dr Arif @ Kamisan Pusiran (HEP), Dr Beatrice Lim Fui Yee (Akademik dan Antarabang­sa), dan Ketua Program Pengurusan Pelanconga­n Dr Tini Maizura Mohtar.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia