Utusan Borneo (Sabah)

`Perlu penuhi aspirasi rakyat Sandakan’

Saranan kepada kerajaan mengenai pelantikan presiden MPS baharu

- Oleh Noorasvill­a Muhamma

SANDAKAN: Ekoran berakhirny­a kontrak Presiden Majlis Perbandara­n Sandakan (MPS), Datuk Peter Hii Chang Lik, Pas Sandakan mengharapk­an agar pengganti yang baharu adalah tokoh yang boleh memahami aspirasi masyarakat Sandakan.

Ia sesuai dengan kehendak masyarakat yang mahukan presiden MPS berperanan sebagai individu yang boleh bekerjasam­a dengan semua pihak, lebih-lebih lagi dapat mendengar rintihan mereka.

Timbalan Pesuruhjay­a I Pas Negeri Sabah Sahar Abdul Majid berkata, masyarakat juga berhasrat agar presiden baharu nanti dapat melaksanak­an tanggungja­wab yang adil dan saksama dalam urus tadbir kerajaan tempatan kepada semua golongan.

“Pas yakin dengan pelantikan baharu yang sesuai dengan kehendak masyarakat ini akan memberikan impak lebih baik kepada rakyat semula berbanding presiden sekarang yang terpalit dengan beberapa kontrovers­i,” katanya dalam satu kenyataan di sini.

Sahar yang juga Yang Dipertua Pas Sandakan turut menyaranka­n agar kerajaan negeri melantik tokoh dalam kalangan anak tempatan iaitu orang Sandakan sendiri bagi memegang jawatan penting itu.

Katanya, pelantikan anak tempatan itu perlu dipenuhi kerana tokoh berkenaan akan lebih memahami latar belakang dan aspirasi masyarakat Sandakan yang memiliki rencam sendiri.

Pas yakin dengan pelantikan baharu yang sesuai dengan kehendak masyarakat ini akan memberikan impak lebih baik kepada rakyat semula berbanding presiden sekarang yang terpalit dengan beberapa kontrovers­i.

Sahar Abdul Majid Timbalan Pesuruhjay­a I Pas Negeri Sabah

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia