Ibadah korban pupuk semangat ketaqwaan dan perpaduan

Utusan Borneo (Sabah) - - Tempatan -

SANDAKAN: Pas Kawasan Batu Sapi telah berpadu tenaga menjalanka­n ibadah korban bersama dengan penduduk Kampung Pulau Sanghai.

Program itu bertujuan memupuk hubungan silaturahi­m yang lebih erat dalam kalangan ahli Pas kawasan Batu Sapi dengan penduduk kampung, di samping mengagihka­n daging korban kepada golongan asnaf di kampung itu.

Penduduk Kampung Pulau Sanghai turut hadir memeriahka­n majlis dengan bergotong-royong melapah dan memasak daging korban seawal jam 7 pagi.

Menurut Imam Kampung Pulau Sanghai, Imam Sebarudin Madun, ibadah korban itu merupakan julung kalinya diadakan selama 42 tahun beliau menetap di kampung itu.

Sementara, Naib Yang Dipertua Pas Kawasan Batu Sapi Norsah Bongsu menzahirka­n rasa syukur dan terima kasih kepada penduduk kampung atas kepercayaa­n yang diberikan untuk menguruska­n ibadah korban tahun ini di pulau berkenaan.

Beliau turut menyeru kepada penduduk kampung agar berazam untuk melaksanak­an ibadah korban sendiri pada tahun hadapan.

“Pas Batu Sapi telah lama menjalin hubungan dengan penduduk Pulau Sanghai. Hubungan ini terjalin bermula tahun 2011 lagi sejak Surau Harakah dibina,” katanya pada Majlis Serahan Agihan Daging Korban kepada penduduk di sana.

Beliau turut menyebut beberapa masalah yang dihadapi oleh penduduk terutamany­a berkaitan isu bekalan air bersih dan elektrik.

Sehubungan itu, beliau berharap pihak pemerintah dapat mengambil tindakan untuk mencari jalan penyelesai­an berhubung masalah yang dihadapi penduduk kampung terlibat.

IBADAH: Pas Batu Sapi bersama penduduk Kampung Pulau Sanghai melaksanak­an ibadah korban.

KERJASAMA: Sesi memasak daging korban.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia

© PressReader. All rights reserved.