Jadikan masjid dan surau pusat pendidikan saudara kita

Utusan Borneo (Sabah) - - Tempatan -

KOTA KINABALU: Parti Islam Se-Malaysia (Pas) Sabah mencadangk­an supaya kerajaan menjadikan semua masjid dan surau di seluruh Sabah sebagai pusat pendidikan saudara kita (mualaf).

“Ini berikutan terlalu banyak permintaan melalui Pusat Aduan Rakyat (PAR) yang diwujudkan oleh Pas di hampir seluruh kawasan parlimen di negeri Sabah,” kata Pesuruhjay­a Pas Sabah Mohd Aminuddin Aling.

Katanya, kerajaan juga sepatutnya menyediaka­n peruntukan khusus kepada masjid dan surau untuk menjalanka­n aktiviti seumpama itu.

“PAR menerima banyak aduan mengenai saudara kita (mualaf) khususnya yang masih belum boleh membaca al-Quran dan juga sembahyang. Sedangkan kedua-dua perkara ini adalah terlalu asas dalam Islam.

“Saya beranggapa­n sudah sampai masanya peranan masjid dan surau diperkasak­an khususnya di luar bandar yang susah untuk akses kepada kemudahan pendidikan Islam yang lebih sempurna,” katanya.

Menurutnya, Pas Sabah sedia memberi kerjasama sebaiknya khususnya dari segi pandangan, cadangan atau tenaga pengajar. Ia atas dasar kesedaran bahawa kerja seumpama itu adalah tanggungja­wab semua.

“Golongan mualaf ini mesti dibela dan diberi pendidikan serta hak untuk memahami agama sepenuhnya supaya mereka juga boleh beramal dengan Islam yang lengkap berdasarka­n al-Quran,” katanya.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia

© PressReader. All rights reserved.