Utusan Borneo (Sabah)

Masjid Putra lokasi perdana Malaysia #QuranHour

-

SHAH ALAM: Masjid Putra, Putrajaya yang menjadi lokasi perdana bagi penganjura­n Malaysia #QuranHour 1440H/2019 pada 30 Ogos depan bakal bergema dengan alunan bacaan surah al-Kahfi bermula 11 pagi.

Ketua Pegawai Eksekutif Yayasan Warisan Ummah Ikhlas (WUI) Marhaini Yusoff berkata penganjura­n program itu bersempena Hari Kebangsaan ke-62, surah alKahfi ayat 10 pertama dan 10 terakhir dipilih kerana ia sarat dengan panduan menghadapi zaman yang penuh cabaran dan bersatu untuk membentuk ummah berbudi dan penyayang dengan membawa pesan kemerdekaa­n daripada AlQuran dalam menangani dan melahirkan solusi menghadapi cabaran akhir zaman.

“Malaysia #QuranHour tahun ini juga Jabatan Kemajuan Islam Malaysia sebagai penaung dan peneraju untuk mengangkat program ini sebagai agenda nasional untuk mengajak orang ramai mendekati al-Quran sebagai panduan kehidupan.

“Malaysia #QuranHour kali ini istimewa kerana bacaan surah itu akan diperdenga­rkan oleh barisan qari yang menjadi johan peringkat antarabang­sa,¡¨ katanya dalam Taklimat Sinergi Media Malaysia sempena program berkenaan di sini pada Rabu.

Turut hadir, Pengasas WUI Datuk Dr Hussamuddi­n Yaacub, Pengerusi Pertubuhan Berita Nasional Malaysia (Bernama) Datuk Seri Azman Ujang dan Pengarang Utusan Malaysia, Datuk Zulkefli Hamzah.

Pada majlis berkenaan, Hussamuddi­n yang juga merupakan Pengerusi Kumpulan Media Karangkraf turut menyampaik­an sumbangan ‘Daripada Ummah kepada Ummah’ kepada Utusan Malaysia.

Marhaini berkata terdapat beberapa kelainan yang dibawakan kali ini termasuk pemilihan lokasi perdana di Masjid Putra itu.

“Malaysia #QuranHour akan bermula jam 11 pagi hingga 12 tengah hari pada Jumaat di masjid berkenaan malah rakyat Malaysia di dalam dan luar negara turut mengadakan aktiviti berinterak­si pada hari dan waktu sama di tempat masing-masing.

“Terdapat juga sesi pengisian ini diikuti dengan Resolusi al-Kahfi, Pesan Kemerdekaa­n oleh tokoh dan diakhiri dengan doa untuk Malaysia,” katanya.

Selain Bernama, Utusan Malaysia dan Kumpula Media Karangkraf, media lain yang turut bersinergi bersama menjayakan program kempen membaca al-Quran secara serentak selama satu jam itu antaranya ialah Kosmo!, Radio dan Televisyen Malaysia (RTM), Astro, Kumpulan Media Prima dan TV AlHijrah. - Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia