Pas Papar agih daging korban kepada asnaf

Utusan Borneo (Sabah) - - Tempatan -

PAPAR: Pas Kawasan Papar telah mengorbank­an lima ekor lembu untuk diagihkan kepada asnaf di sekitar Papar.

Sembelihan dan agihan lembu korban itu telah disempurna­kan oleh Ahli Jawatankua­sa Pas Papar. Hadir sama semasa penyembeli­han dan pengagihan daging korban ialah Yang Dipertua Pas Papar Abd Salim Karim.

Sebanyak 500 bungkusan telah diagihkan ke kampungkam­pung yang terdekat, antaranya Kg Pengalat, Kg Kelanahan, Kg Kuala dan Kg Kuala Kinarut.

“Agihan daging korban ini adalah salah satu daripada tanggungja­wab muslim iaitu menyantuni golongan asnaf dalam kalangan penduduk setempat. Semoga Allah menerima ibadah korban kita dan menjadi saksi di akhirat nanti,” kata Abd Salim.

ABD Salim menyampaik­an sumbangan daging korban kepada seorang penerima.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia

© PressReader. All rights reserved.