Kapitan Cina maut akibat cedera parah dalam kemalangan 4WD

Utusan Borneo (Sabah) - - Iklaneka -

KUCHING: Seorang kapitan Cina meninggal dunia akibat kecederaan parah selepas terlibat dalam kemalangan jalan raya di Kilometer 2, Jalan Ulu Rimbas, Debak Betong sekitar jam 7 malam Isnin.

Ketua Jabatan Siasatan dan Penguatkua­saan Trafik (JSPT) Superinten­den Alexson Naga Chabu berkata, mangsa Chua Ii Jen, 51, semasa kejadian memandu sebuah kenderaan jenis pacuan empat roda (4WD) dari arah Ulu Rimbas.

Menurutnya,mangsayang­berasal dariJalanM­ission,Debakdiper­cayai gagal mengawal keretanya lalu terbabas ke bahu jalan.

“Mangsa yang mengalami kecederaan­parahdibah­agiankepal­a dan tengkuk disahkan meninggal dunia di tempat kejadian selepas diperiksa anggota paramedik,” katanya dalam satu kenyataan di sini, kelmarin.

Tambahnya, mayat mangsa kemudian dihantar ke Jabatan Perubatan Forensik Hospital Betong untuk tindakan selanjutny­a.

Kes tersebut disiasat dibawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkut­an Jalan (APJ) 1987.

Sementara itu, sebuah keluarga berselisih maut selepas kereta yang dinaiki mereka terbabas ke dalam gaung di Batu 29 Jalan KuchingSer­ian, dekat sini semalam.

Jurucakap Pusat Gerakan Operasi (PGO) Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sarawak berkata, pihaknya menerima laporan berhubung kejadia pada jam 10.07 pagi dan beberapa anggota Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Serian dikerahkan ke lokasi kejadian.

“Setibanya di lokasi kejadian, didapati berlaku kemalangan melibatkan sebuah kereta yang dinaiki lima orang termasuk empat kanak-kanak yang dipercayai hilang kawalan sebelum terhumban ke dalam gaung.

“Kesemua mangsa mengalami kecederaan ringan dan berjaya keluar dari kereta dengan bantuan orang awam,” katanya dalam satu kenyataan di sini, kelmarin.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia

© PressReader. All rights reserved.