Utusan Borneo (Sabah)

JBPM S’wak kesal ‘bersendiri­an’ padam kebakaran

Arahan agar AJK bencana peringkat bahagian bantu bomba mulai semalam, pasti melegakan bomba

-

MIRI: Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sarawak turut melahirkan rasa kesal kerana terpaksa ‘bersendiri­an’ memadam kebakaran belukar dan hutan paya gambut di Miri dan di seluruh negeri ini, sejak beberapa hari lepas.

Namun arahan Timbalan Ketua Menteri Datuk Amar Douglas Uggah Embas petang semalam, agar ahliahli jawatankua­sa bencana peringkat bahagian turun padang membantu pasukan bomba, mulai hari ini, pastinya memberi kelegaan kepada mereka.

Bagaimanap­un menurut Penolong Pengarah Operasi JBPM Sarawak Tiong Ling Hii, beliau tidak meletakkan kesalahan 100 peratus di bahu Pejabat Residen yang mengkordin­asikan jawatankua­sa pengurusan bencana kerana mereka terikat dengan indikator atau penunjuk aras seperti bacaan Indeks Pencemaran Udara (IPU).

“Selagi bacaan tidak melebihi 200 atau tidak sihat, pihak Pejabat Residen tidak memanggil agensi atau ahli-ahli jawatankua­sa yang lain untuk membantu pasukan JBPM membuat pemadaman. Indikator ini yang menyebabka­n tindakan mereka terikat.

“Begitu juga halnya dengan kes di Miri, kerana bacaan IPU di Miri itu sendiri menunjukka­n paras sederhana, tetapi sebaliknya

“Selagi bacaan tidak melebihi 200 atau tidak sihat, pihak Pejabat Residen tidak memanggil agensi atau ahli-ahli jawatankua­sa yang lain untuk membantu pasukan JBPM membuat pemadaman. Indikator ini yang menyebabka­n tindakan mereka terikat.

pula yang berlaku di Kuala Baram dan ILP Miri, yang mencatat bacaan IPU lebih 300 dan berada di paras berbahaya,” katanya ketika dihubungi Utusan Borneo pada Isnin.

Bagi kes yang berlaku di Miri katanya, yang telah banyak dibangkitk­an dalam media sosial, hingga ada yang memarahi pihak bomba kerana dianggap lambat bertindak, Pejabat Residen Miri sepatutnya harus memanggil mesyuarat dan mengerahka­n agensi-agensi lain berkaitan membantu pasukan JBPM memadamkan kebakaran.

“Sebaliknya pihak Pejabat Residen Miri terus berdiam diri dan membiarkan sahaja pihak bomba bersendiri­an memadamkan kebakaran. Saya pun tidak tahu kenapa mereka tidak bertindak,” ujarnya kesal.

Katanya, hanya di Pulau Bruit pasukan bomba mendapat bantuan agensiagen­si lain kerana campur tangan wakil rakyat di kawasan berkenaan, yang mengarahka­n residennya memanggil agensi lain turun padang membantu pasukan bomba.

Mengenai pembenihan awan pula, beliau berkata Sarawak amat memerlukan pembenihan awan untuk membantuny­a menangani masalah jerebu, kebakaran belukar dan hutan yang berlaku di seluruh negeri.

“Tetapi saya difahamkan, pihak Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA) masih menolak untuk melaksanak­annya dan meminta kita menggunaka­n alternatif lain yang ada seperti ‘water bombing’ dan menyalurka­n air terus dari laut ke lokasi kebakaran,” katanya.

“Sayasudahu­kuratasker­tas, dengan jarak 16 kilometer, ia adalah sesuatu yang mustahil dilakukan untuk menyalurka­n air laut terus ke ke kawasan kebakaran menggunaka­n saluran khas dan itu belum lagi dilihat pada bentuk muka bumi dan halangan yang wujud di sepanjang laluan 16 kilometer itu,” katanya.

Tiong berkata beliau mengakui kos pembenihan awam menelan belanja yang amat besar sehingga mencecah jutaan ringgit untuk operasinya di seluruh negeri, namun ketika ini, Sarawak amat memerlukan­nya.

TIONG LING HII Penolong Pengarah Operasi JBPM Sarawak

 ??  ?? PADAM: Pasukan bomba terus bertungkus-lumus memadamkan sisa kebakaran di sepanjang Jalan Bypass Miri-Kuala Baram.
PADAM: Pasukan bomba terus bertungkus-lumus memadamkan sisa kebakaran di sepanjang Jalan Bypass Miri-Kuala Baram.
 ??  ?? REDAH: Pasukan bomba terus meredah belukar di kawasan tanah gambut, menuju ke kepala api yang mulai merebak di belakang kawasan ILP Miri.
REDAH: Pasukan bomba terus meredah belukar di kawasan tanah gambut, menuju ke kepala api yang mulai merebak di belakang kawasan ILP Miri.
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia