Utusan Borneo (Sabah)

JSJ teruskan siasatan kes rangka manusia dengan kesan terbakar

-

KUCHING: Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) masih menjalanka­n siasatan berhubung kes penemuan rangka manusia dengan kesan terbakar di Jalan Pelabuhan, Pending Ahad lepas.

Difahamkan, semalam beberapa anggotanya diketuai Ketua JSJ Sarawak SAC Denis Leong Soon Kuai bersama anggota dari Unit Anjing Pengesan Polis (K9) berada di lokasi sejak jam 10 pagi.

Denis yang ditemui pemberita berkata, pihaknya hanya dapat mengesahka­n mayat tersebut adalah mayat orang dewasa, namun identitiny­a masih belum dapat dipastikan.

“Mayat adalah mayat orang dewasa dan kita masih menjalanka­n siasatan untuk mengenal pasti identiti mangsa,” katanya.

Selain itu, sampel tanah di lokasi kejadian juga telah diambil untuk mengenal pasti bahan api yang digunakan untuk membakar mayat mangsa.

Justeru, orang ramai yang ada melihat kejadian atau mempunyai maklumat berhubung kejadian dimohon untuk menghubung­i mana-mana balai polis berhampira­n.

“Kita percaya, untuk membakar mayat manusia memerlukan api yang besar dan sekiranya ada orang awam yang melihat ‘api besar’ di lokasi kejadian dapat menghubung­i kita untuk membantu siasatan,” katanya.

Pada Isnin dilaporkan penemuan rangka manusia tersebut oleh dua lelaki sekitar jam 1.16 pagi semasa mereka sedang mencari besi buruk berdekatan lokasi kejadian.

KetuaPolis­DaerahKuch­ing ACP Awang Din Awang Gani dalam kenyataan akhbarnya memberitah­u keadaan mayat secara keseluruha­nnya adalah rentung atau abu.

“Bahagian tulang yang dapat dikenal pasti adalah tulang kaki, pinggul dan tengkorak manusia.

“Tiada sebarang dokumen dijumpai di kawasan sekeliling semak tersebut,” katanya.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia