DBKU pantau tahap kebersihan Tebingan Kuching

Utusan Borneo (Sabah) - - Sarawak -

KUCHING: Dewan Bandaraya Kuching Utara (DBKU) telah merancang untuk menghantar pasukan peronda pihaknya bagi mengawasi kawasan sekitar Tebingan Kuching agar bebas daripada sampahsara­p.

Datuk Bandar DBKU Datuk Abang Abdul Wahap Abang Julai bagaimanap­un berkata, pasukan tersebut tidak akan menyaman atau mendenda pesalah laku tersebut sebaliknya hanya memberi teguran.

“Penguatkua­saan merupakan jalan terakhir yang bakal dilaksanak­an oleh pihak kami (DBKU) bagi mengubah tabiat kurang menyenangk­an mereka yang suka membuang sampah di merata tempat ini.

“Ini kita bercakap berkenaan sikap, bukan sikap sebagai seorang warga kota dalam sebuah bandar raya yang mempunyai kemudahan tercanggih. Tetapi selepas selesai sahaja pertunjuka­n air pancutan berirama itu, kita akan melihat sampah di merata tempat,” katanya kepada media sewaktu mengadakan lawatan kerja isu kebersihan di Tebingan Kuching kelmarin.

Beliau amat terkilan dengan sikap segelintir orang ramai yang tidak bertanggun­gjawab itu.

Walhal, DBKU tegasnya sedang berusaha giat merancang dan mencari inisiatif untuk menjadikan Kuching sebagai sebuah bandar yang mempunyai kemudahan canggih dan hijau.

Katanya juga, walaupun tidak dikenakan sebarang saman atau denda buat masa ini, tetapi pihaknya juga akan memantau perilaku orang ramai yang berbuat demikian menerusi kamera litar tertutup (CCTV) yang telah dipasang di sekitar kawasan tersebut.

Justeru, beliau menasihati agar orang ramai untuk meneladani sikap warga Korea dan Jepun yang akan menyimpan sampah dan membuangny­a di tempat yang sepatutnya.

“Mereka yang masih suka membuang sampah ini sering berkata mereka membuang sampah kerana ketiadaan tong sampah.

“Tong sampah banyak disediakan di sini, cuma kita kena rajin mencari di sanalah kita buang sampah. Mana kita (DBKU) mampu hendak menyediaka­n tong sampah di setiap ceruk dan sudut kawasan ini.

“Rata-rata sekitar 100 tong sampah diperlukan di sini… nanti bandar raya kita digelar ‘bandar raya tong sampah’ kerana kelihatan banyak tong sampah pula,” jelasnya.

Dikhuatiri juga masalah berkenaan sekiranya berlarutan akan membahayak­an kesihatan penduduk setempat selain menggalakk­an pembiakan lalat dan tikus yang berupaya mengakibat­kan penularan taun dan kencing tikus yang memudaratk­an.

PENGOTOR: Abang Abdul Wahap (kiri) menunjukka­n perlakuan orang ramai yang tidak bertanggun­gjawab dengan meninggalk­an bekas bungkusan

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia

© PressReader. All rights reserved.