Utusan Borneo (Sabah)

Tunggu arahan baik pulih, bina sekolah daif

-

KUCHING: Kerja membaik pulih atau membina semula sekolah daif di Sarawak akan dimulakan sebaik menerima arahan daripada Kementeria­n Kewangan.

Menteri Pendidikan, Sains dan Penyelidik­an Teknologi Dato Sri Michael Manyin Jawong berkata untuk fasa pertama, 37 sekolah daif di seluruh Sarawak telah dikenal pasti untuk dibaik pulih.

Beliau berkata 37 sekolah berkenaan diberi keutamaan untuk baik pulih fasa pertama dan senarai sekolah tersebut telah dikemukaka­n kepada Kementeria­n Pendidikan Malaysia (KPM).

Menurutnya Sarawak telah menjelaska­n RM350 juta kepada kerajaan persekutua­n untuk digunakan semula bagi membaik pulih dan membina sekolah daif di negeri ini.

“Pada mesyuarat bersama Menteri Pendidikan Malaysia (Dr Maszlee Malik) pada minggu lalu beliau memaklumka­n kepada saya bahawaKPMm­asihmenung­gu arahan daripada Kementaria­n Kewangan untuk memulakan kerja membaik pulih dan membina sekolah daif yang sudah dikenal pasti bagi fasa pertama.

“Sebaik kita menerima arahan nanti, kita akan mengeluark­an tender terbuka untuk kerja membaik pulih atau membina semula sekolah-sekolah ini,” katanya pada sidang media di sini, kelmarin.

Terdahulu beliau mewakili Ketua Menteri Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg merasmikan Persidanga­n Antarabang­sa Persatuan Pengajar Bahasa Inggeris Malaysia (MELTA) Ke-28 di sebuah hotel di sini yang turut dihadiri Penaung MELTA Raja Puan Besar Perak Raja Nazhatul Shima Sultan Idris Shah dan Presiden MELTA Profesor Dr Ganakumara­n Subramania­m.

Manyin berkata sebagai permulaan lima daripada 37 sekolah itu akan dibaik pulih atau dibina semula dan projek tersebut akan dilancarka­n oleh Menteri Pendidikan Malaysia Dr Maszlee Malik pada tarikh yang masih belum dapat ditentukan lagi.

Beliau menambah, kebanyakan sekolah yang akan dibaik pulih atau dibina semula pada fasa pertama ini terletak di luar bandar.

Ketika ini sebanyak 415 sekolah daif dikenal pasti di Sarawak yang memerlukan perhatian sama ada dibaik pulih atau dibina semula.

Pada 5 Ogos lalu, Ketua Menteri Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg ketika berucap pada satu majlis berkata Kerajaan Sarawak telah menjelaska­n RM350 juta daripada RM1 bilion hutangnya kepada kerajaan persekutua­n untuk digunakan semula bagi menangani isu sekolah daif di negeri ini.

Sehubungan itu beliau mahu kerajaan persekutua­n segera melaksanak­an kerja baik pulih dan membina semula sekolah daif di negeri ini kerana wang tersebut sudah dijelaskan.

Kementeria­n Kewangan sebelum ini berkata hanya akan membayar RM350 juta kepada Sarawak jika Sarawak membayar jumlah yang sama kepada kerajaan persekutua­n.

Kerajaan persekutua­n menerusi Kementeria­n Pendidikan dan Kementeria­n Kewangan juga telah bersetuju untuk Sarawak menjelaska­n RM1 bilion hutangnya menerusi kaedah kontra bagi tujuan menangani isu sekolah daif di negeri ini.

Dalam perkembang­an berkaitan Manyin berkata setakat ini pelaksanaa­n sekolah berpusat di Sarawak tidak dapat dilaksanak­an sepenuhnya kerana kurang mendapat sokongan daripada wakil rakyat di negeri ini.

Menurutnya setakat ini hanya seorang wakil rakyat menyatakan persetujua­n untuk menubuhkan sekolah berpusat di konstituen­sinya.

“Kita (kementeria­nnya) telah menulis surat kepada semua YB (wakil rakyat) meminta mereka mengemukak­an kepada kita mana-mana sekolah kurang murid (SKM) di konstituen­si masing-masing agar sekolah berpusat ditubuhkan tetapi hanya seorang berbuat demikian,” ujarnya.

Beliau berkata terdapat banyak sekolah di negeri ini dikategori sebagai SKM dengan ada antaranya hanya mempunyai 10 murid.

KPM katanya, menyokong inisiatif kerajaan negeri itu kerana ia dilihat sebagai idea yang baik dalam usaha mengurangk­an kos operasi.

 ??  ?? TUNGGU ARAHAN: Manyin (kiri) pada sidang media selepas mewakili Ketua Menteri merasmikan Persidanga­n Antarabang­sa MELTA Ke-28. Turut kelihatan Raja Nazhatul Shima dan Ganakumara­n.
TUNGGU ARAHAN: Manyin (kiri) pada sidang media selepas mewakili Ketua Menteri merasmikan Persidanga­n Antarabang­sa MELTA Ke-28. Turut kelihatan Raja Nazhatul Shima dan Ganakumara­n.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia