Utusan Borneo (Sabah)

Sasaran liputan elektrik sepenuhnya di landasan betul

-

KUCHING: Menteri Muda Elektrik Luar Bandar Datuk Dr Abdul Rahman Junaidi yakin sasaran 100 peratus liputan elektrik di seluruh Sarawak mampu dicapai menjelang 2025.

Beliau berkata, ia berikutan daripada usaha berterusan Kementeria­n Utiliti dan Sarawak Energy Berhad (SEB).

Menurutnya, liputan elektrik di kawasan bandar di negeri ini tidak berdepan masalah namun masih ada penempatan di luar bandar masih belum menikmati kemudahan elektrik 24 jam.

“Meskipun ada penempatan yang belum menikmati bekalan elektrik 24 jam terletak jauh dan terpencil, namun kerajaan negeri tetap berusaha untuk menerangi kawasan tersebit termasuk di Long Busang Belaga,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada Majlis Ibadah Korban 1440H/2019M di Surau-Ar Rahman Kampung Temedak Melayu di sini, pada Isnin.

Dr Abdul Rahman yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pantai Damai berkata, untuk kawasan jauh di pedalaman yang tidak tercapai grid utama, Kementeria­n Utiliti dan SEB membekalka­n elektrik menerusi pemasangan panel solar atau membina hidro mini.

Sehubungan itu katanya, beliau menetapkan semua rumah dalam kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Pantai Damai mendapat bekalan elektrik 24 jam menjelang 2020.

“Ini sasaran kita untuk menyalurka­n elektrik ke rumah lama yang tertunggak daripada projek BELB yang lalu dan juga, rumah-rumah baharu,” ujarnya.

Pada masa sama, beliau menasihati setiap lapisan masyarakat agar sentiasa memeriksa pendawaian elektrik di rumah masingmasi­ng bagi mengelak berlaku insiden tidak diingini.

Majlis itu merupakan anjuran Pertubuhan Kebajikan Pekerja Islam (PKPI) SEB, JKKK Kampung Temedak Melayu dan Surau Ar-Rahman.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia