Utusan Borneo (Sabah)

JPJ Sarawak sentiasa pantau kenderaan klon menerusi kerjasama dengan JKDM

-

KUCHING: Jabatan Pengangkut­an Jalan (JPJ) Sarawak sentiasa melakukan pemantauan berterusan berhubung isu kenderaan klon menerusi kerjasama rapat dengan Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM).

Pengarahny­a Mohd Syafiq Anas Abdullah berkata, anggota penguatkua­saan jabatan sentiasa menggerakk­an aktiviti penguatkua­saan dari semasa ke semasa untuk memantau kereta klon melibatkan kenderaan mewah di negeri ini.

“Memang kita memantau perkara ini malah pihak kastam turut menyalurka­n maklumat kepada kita sekiranya ia adalah kenderaan mewah klon dan sebagainya di mana kita akan buat penguatkua­saan.

“Kebiasaann­ya, Jabatan Kastam akan melakukan rampasan awal kalau mereka mengesyaki kenderaan mewah yang dibawa masuk itu tidak mematuhi prosedur operasi standard (SOP) yang ditetapkan kerajaan,” katanya ketika ditanya media mengenai tindakan jabatan itu bagi menangani isu kereta klon di Sarawak.

Beliau berkata demikian pada sidang media selepas Program Korban JPJ Sarawak sempena Hari Raya Aidiladha di pekarangan Surau An Nur, Kompleks JPJ Sarawak di sini, Selasa.

Bagaimanap­un katanya, isu kenderaan klon yang dikesan di Sarawak tidak banyak berbanding Semenanjun­g Malaysia.

“Ini berkemungk­inan kesukaran untuk membawa masuk kenderaan tersebut yang perlu melalui kargo dan jalan laut dan sebagainya.

Bercakap mengenai program itu, Mohd Syafiq berkata, sebanyak dua lembu disembelih untuk diagihkan dagingnyak­epada50asn­afdan fakir miskin dari kampungkam­pung berdekatan di sekitar kawasan ini.

Selain itu katanya, agihan daging korban juga diberikan kepada orang awam serta anggota JPJ Sarawak yang terlibat dalam program tersebut.

“Acara ini adalah aktiviti

 ??  ?? KORBAN: Mohd Shafiq melapah daging korban pada Program Korban JPJ Sarawak sempena Hari Raya Aidiladha di pekarangan Surau An Nur, Kompleks JPJ Sarawak, Selasa.
KORBAN: Mohd Shafiq melapah daging korban pada Program Korban JPJ Sarawak sempena Hari Raya Aidiladha di pekarangan Surau An Nur, Kompleks JPJ Sarawak, Selasa.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia