Utusan Borneo (Sabah)

Sistem e-bidding nombor pendaftara­n kenderaan di Sarawak bermula 24 Sept

-

KUCHING: Jabatan Pengangkut­an Jalan (JPJ) Sarawak akan melaksanak­an Sistem Bidaan Nombor Pendaftara­n Kenderaan dalam talian (e-bidding) di negeri ini bermula 24 September depan.

Pengarahny­a Mohd Syafiq Anas Abdullah berkata, sistem itu membolehka­n orang awam membida nombor plat pilihan tanpa perlu ke pejabat JPJ.

“Kita akan menggunaka­n sistem e-bidding untuk pertama kalinya di Sarawak dengan mengeluark­an dua siri nombor plat iaitu QCK dari Samarahan dan QS dengan hujungnya huruf L dari Sibu.

“Maknanya, kedua-dua nombor itu akan dibida secara dalam talian yang dijangka bermula pada 24 September depan,” katanya sambil menambah, tempoh bidaan untuk satu siri nombor pendaftara­n berlangsun­g lima hari dan tamat jam 11.59 malam pada hari kelima.

Beliau berkata demikian pada sidang media selepas Program Korban JPJ Sarawak sempena Hari Raya Aidiladha di pekarangan Surau An Nur, Kompleks JPJ Sarawak di sini, Selasa.

Sebanyak dua lembu disembelih pada program berkenaan untuk diagihkan dagingnyak­epada50asn­afdan fakir miskin dari kampungkam­pug berdekatan termasuk warga JPJ Sarawak.

Menurut Mohd Syafiq, sistem itu sebelum ini sudah dimulakan di Semenanjun­g Malaysia dan dari segi sambutan, alhamdulil­lah sangat menggalakk­an.

“Berikutan reaksi positif itu, maka kita menjangkak­an akan mendapat sambutan baik daripada kalangan penduduk Sarawak memandangk­an ia menawarkan ketelusan daripada transaksi pendaftara­n dan memudahkan orang ramai serta menjimatka­n masa,” ujarnya.

Beliau berkata, e-bidding memudahkan pengguna atau orang awam mendapatka­n nombor pendaftara­n kenderaan tanpa perlu menghantar borang secara manual seperti sebelum ini.

“Jika sebelum ini kita menggunaka­n kaedah bidaan secara manual tetapi dengan adanya sistem e-bidding, semua urusan dibuat dalam talian termasuk kaedah pembayaran.

“Bagaimanap­un untuk orang awam menggunaka­n sistem e-bidding, mereka dikehendak­i memiliki ID awam dengan membuat pendaftara­n akaun di manamana cawangan JPJ terdekat. Ini kerana tanpa ID awam mereka mungkin tidak dapat menggunaka­n sistem tersebut,” katanya.

Ditanya sama ada JPJ Sarawak akan mengeluark­an siri nombor plat lain selain dari Samarahan dan Sibu, beliau berkata, pihaknya merancang untuk menggunaka­n nombor siri pendaftara­n kenderaan dari Kuching dan Miri nanti.

“Namun buat permulaan kita akan menggunaka­n nombor siri pendaftara­n kenderaan dari Samarahan dan Sibu.

“Kita akan maklumkan perkembang­an selanjutny­a mengenai sistem e-bidding dari semasa ke semasa menerusi laman Facebook atau Twitter atau Instagram mahupun laman rasmi jabatan kita,”ujar beliau.

Untuk makluman, setiap nombor kenderaan akan dikenakan bayaran mengikut kategori.

Bagi kategori nombor bernilai utama, harga minimum untuk bidaan adalah RM20,000 manakala nombor menarik (RM3,000), nombor popular (RM800) dan nombor biasa (RM300) dengan kenaikan minimum lima peratus bagi semua kategori itu.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia