Utusan Borneo (Sabah)

Empat ekar belukar di MerutonMer­udu hangus

-

SARIKEI: Dianggarka­n sekitar empat ekar kawasan belukar di jalan Sekolah Jenis Kebangsaan (SJK) Su Hing, Meruton-Merudu musnah terbakar, malam Isnin.

Kejadian ini dilaporkan berlaku sekitar jam 7 malam, kata Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Sarikei Mahmudin Narudin.

Katanya, sebaik sahaja menerima panggilan kecemasan pada jam 7.22 malam, sepasukan anggota dikerahkan ke lokasi terbabit.

“Lokasi kebakaran tersebut terletak agak jauh dari jalan utama dan juga sumber air.

“Untuk memadam kebakaran tersebut anggota bomba telah menggunaka­n kaedah ‘Fire Beater’.

“Api telah berjaya dikawal dan dipadamkan dalam tempoh dua setengah jam dan tiada sebarang kejadian yang tidak diingini berlaku,” katanya Mahmudin.

Setelah memastikan keadaan di lokasi kejadian selamat dan tiada lagi tandatanda kebakaran, anggota bomba bertolak balik ke balai.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia