BVC jayakan sesi penggambar­an di Kampung Batu Mandi

Utusan Borneo (Sabah) - - Sarawak -

BINTULU:KelabSeniV­isual Bintulu atau dikenali sebagai Bintulu Visual Arts Club (BVC) telah menganjurk­an sesi penggambar­an luar di Kampung Batu Mandi, Jalan Taman Similajau pada Selasa.

Sesi itu disertai 30 jurugambar dan model yang merupakan penggemar seni potret.

Pengerusi BVC Mohammad Rizal Julaihi berkata, ia merupakan sesi bertema ‘Gadis Kampung’ dan ‘Human Interest’ yang julung kali diadakan di Bintulu.

Katanya antara objektif sesi ini adalah untuk memperkena­lkan budaya dan kehidupan kampung nelayan di Bintulu yang sinonim dengan ‘Orang Vaie’.

“K it a me ngajak jurugambar amatur dan profesiona­l merakam pelbagai cara dan kreativiti untuk menghasilk­an karya bercirikan kebudayaan asal orang Bintulu dan cara kehidupan di kampung nelayan,” ujarnya di sini Selasa.

Beliau berkata, BVC berharap programpro­gram seumpamany­a akan diteruskan dari semasa ke semasa untuk mempromosi­kan bandar Bintulu dalam kalangan pelancong asing yang berminat dengan suasana kampung nelayan di sini.

“Kampung Batu Mandi adalah sebuah perkampung­an yang baharu dibuka di kawasan Similajau.

“Antara kampung lain atau kawasan nelayan yang turut ada elemen kekampunga­n nelayan ialah Kampung Kuala Tatau, Pantai ABF, Kampung Jepak, Kampung Sebezau (Sibiew), Kampung Baru, Kampung Masjid, Kampung Sinong, Kampung Datuk serta Kampung Kuala Nyalau yang boleh dijadikan tempat persinggah­an pelancong asing untuk datang merakam gambar dan keindahan pantainya,” jelasnya.

UNTUK ALBUM: Jurugambar dan model yang menyertai Sesi Outing Photo di Kampung Batu Mandi, Similajau merakam gambar kenangan.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia

© PressReader. All rights reserved.