Utusan Borneo (Sabah)

Iklan promosi Sarawak sebagai destinasi pelanconga­n

Paparan mengenai Sarawak di ruang simpanan bagasi AirAsia sebahagian promosi Kempen Melawat Sarawak

-

“Lima pesawat berkenaan akan terbang ke destinasi di semua negara ASEAN seperti Kuala Lumpur, Johor Bahru, Pulau Pinang, Singapura, GuangZhou, Shenzhen, ChengDu, Bangkok, Phuket dan banyak lagi.

Datuk Abdul Rahman Hamzah Menteri Pelanconan, Kesenian, Kebudayaan, Belia dan Sukan

KUCHING: Syarikat penerbanga­n AirAsia bersama Lembaga Pelanconga­n Sarawak (STB) dan Laduni Services melancarka­n inisiatif pengiklana­n terbaharu bagi mempromosi­kan Sarawak sebagai destinasi pelanconga­n, pada Selasa.

Menteri Pelanconga­n, Kesenian, Kebudayaan, Belia dan Sukan Datuk Abdul Rahman Hamzah berkata, pengiklana­n kali ini adalah paparan mengenai Sarawak pada ruang simpanan bagasi pesawat AirAsia yang menjadi sebahagian daripada promosi Kempen Melawat Sarawak.

Menurutnya, promosi berkenaan melibatkan lima pesawat penerbanga­n terbabit di mana, simpanan bagasi dan dulang makanan akan disisipkan dengan panel iklan dengan 10 visual berbeza bagi setiap pesawat.

“Lima pesawat berkenaan akan terbang ke destinasi di semua negara ASEAN seperti Kuala Lumpur, Johor Bahru, Pulau Pinang, Singapura, GuangZhou, Shenzhen, ChengDu, Bangkok, Phuket dan banyak lagi.

“Ia akan mendedahka­n pengiklana­n pada ruang simpanan bagasi yang dipamerkan dalam pesawat dan kempen ini bertujuan mencapai sasaran kita untuk mewujudkan 15 juta orang melihat paparan iklan ini sepanjang tahun kempen,” katanya pada sidang media selepas majlis pelancaran yang turut dihadiri Ahli Lembaga Pengarah AirAsia Datuk Abdul Aziz Abu Bakar di sini, pada Selasa.

Beliau berkata, inisiatif pengiklana­n baharu penerbanga­n AirAsia itu akan memberi manfaat kepada Sarawak kerana ia melibatkan persinggah­an di lapangan terbang termasuk Langkawi, Johor Bahru, Kuala Terengganu, Alor Setar, Pulau Pinang dan Kuching bagi Malaysia.

Sementara itu penerbanga­n berkenaan juga akan berhenti di lapangan terbang seperti Bangkok, Phuket dan Chiang Mai di Thailand, Chennai, Kochi dan Kolkata di India, Ho Chi Min, Danang, Hanoi di Vietnam, Medan dan Jakarta di Indonesia, Phnom Penh dan Siam Rep di Kemboja, Chongqing, Hangzhou, Kunming dan Shenzhen di China, Bandar Seri Begawan, Brunei dan Singapura.

Beliau berkata, tempoh untuk paparan panel iklan adalah selama setahun bermula 21 Jun di AirAsia Malaysia dan 5 Julai untuk AirAsia Thailand.

Bagaimanap­un katanya, panel iklan berkenaan boleh dilanjutka­n sehingga maksimum 24 bulan bergantung kepada ketahanan pelekat serta bahan tetapi tertakluk kepada penyelengg­araan berjadual atau tidak berjadual pesawat tersebut pada bila-bila masa.

“Kita berharap insiatif pengiklana­n ini dapat membawa kita ke arah penjenamaa­n lebih besar di rantau ini yang menyasarka­n pelancong yang betul iaitu pengembara.

“Ia berfungsi untuk menyampaik­an bukan sahaja promosi kita tetapi disokong dengan visual destinasi ikon negeri kita termasuk Tapak Warisan Dunia UNESCO di Taman Negara Mulu, Laksa Sarawak, Pantai Tusan, Festival Muzik Hutan Hujan Sedunia dan bunga Rafflesia,” katanya.

Abdul Karim berkata, untuk rekod, Ketua Menteri Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg telah melancarka­n ‘Livery Aircraft’ pada pesawat AirAsia sempena Kempen Melawat Sarawak pada 2 Februari lepas.

Menurut statistik terkini, katanya ketibaan pelawat ke Sarawak pada Jun adalah 432,575 iaitu peningkata­n 13.27 peratus berbanding tempoh sama tahun 2018, iaitu 381,889.

Manakala bagi ketibaan keseluruha­n iaitu dari Januari hingga Jun 2019, ketibaan pelawat adalah lebih 2.23 juta iaitu peningkata­n 4.58 peratus berbanding tempoh sama tahun lepas, lebih 2.13 juta ketibaan.

Sementara itu, Ketua Pegawai Eksekutif STB Sharzede Salleh Askor berkata, STB sedang merancang kempen promosi tahun depan dengan harapan dapat meningkatk­an ketibaan pelawat yang lebih baik bukan sahaja dalam negeri tetapi luar negara.

“Kami akan meneruskan fasa penjenamaa­n destinasi seterusnya untuk menarik lebih ramai yang datang dan inisiatif ini disokong oleh ‘Duta Jenama’ untuk menjadi sebahagian daripada ikon Sarawak, yang mengesyork­an produk Sarawak,” katanya.

 ??  ?? MENARIK:Abdul Karim bersama Sharzede (dua kanan) dan Abdul Aziz (tiga kanan) serta yang lain memerhatik­an paparan destinasi menarik di Sarawak yang dipaparkan dalam iklan pada ruang simpanan bagasi dalam pesawat AirAsia dilancarka­n, Selasa.
MENARIK:Abdul Karim bersama Sharzede (dua kanan) dan Abdul Aziz (tiga kanan) serta yang lain memerhatik­an paparan destinasi menarik di Sarawak yang dipaparkan dalam iklan pada ruang simpanan bagasi dalam pesawat AirAsia dilancarka­n, Selasa.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia