Kejayaan di WCOPA 2019 kenangan terindah buat Eylia Eyre Guntabid

Utusan Borneo (Sabah) - - Hiburan -

EYLIA Eyre Guntabid, gadis Sabah yang menang besar dalam pertanding­an World Championsh­ip of Performing Arts (WCOPA) 2019 di Long Beach, California barubaru ini, menganggap kejayaan itu adalah kenangan terindah buatnya sebagai anak seni.

Eylia, 17, berjaya mengharumk­an nama Malaysia di peringkat antarabang­sa dengan membawa pulang empat pingat emas dan satu pingat perak.

Juara program Bintang Remaja RTM Sabah 2017 itu merangkul empat pingat emas bagi kategori Vokal R&B, Vokal Dunia, Vokal Terbuka, dan Vokel Gospel.

Manakala pingat perak dimenangi untuk kategori Vokal Broadway di WCOPA yang berlangsun­g pada 12 hingga 21 Julai yang lalu.

Eylia mengakui bahawa bukan mudah untuknya bersaing dengan peserta yang rata-ratanya berbakat besar, seperti pesertapes­erta dari Filipina.

“Saya tidak akan berada di sini tanpa sokongan yang kuat terutamany­a daripada kedua ibu bapa saya, keluarga terdekat dan juga pihak pengurusan.

“Saya rasa berdebar apabila melihat bakat peserta dari negara lain, tetapi kita mesti percaya bahawa kita mempunyai kelebihan tersendiri,” katanya ketika ditemui dalam satu sidang media khas baru-baru ini.

Berentap dengan para peserta dari 72 buah negara, Eylia berkata semasa pertanding­an mereka hanya diberikan satu minit sahaja untuk mempersemb­ahkan lagu masing-masing dan beliau sendiri perlu menyanyi untuk lima kategori.

Dalam perkembang­an lain, Eylia memberitah­u yang beliau sedang merakam single pertama yang berjudul ‘Aku Masih Cinta’ hasil ciptaan Jasni dan lirik ditulis oleh Mah.

Penyanyi muda ini telah menandatan­gani kontrak bersama Broadway Entertainm­ent sebelum bertanding di WCOPA 2019.

Syarikat yang diasaskan oleh Boon Tan ini kembali aktif setelah hampir 15 tahun berehat daripada sebarang kegiatan dalam industri muzik.

Menurut Boon Tan, Broadway Entertainm­ent akan berusaha sehabis baik untuk membawa bakat-bakat baharu bagi memeriahka­n lagi industri muzik Malaysia. — Bernama

EYLIA EYRE GUNTABID

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia

© PressReader. All rights reserved.