Utusan Borneo (Sabah)

Agong, permaisuri rakam takziah atas kematian Nora Anne

-

KUALA LUMPUR: Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin AlMustafa Billah Shah dan Raja Permaisuri Agong Tunku Hajah Azizah Aminah Maimunah Iskandaria­h merakamkan dukacita atas kematian Nora Anne Quoirin.

Remaja Perancis-Ireland itu ditemui mati pada Selasa, setelah dilaporkan hilang pada 4 Ogos selepas dia dan keluargany­a mendaftar masuk ke sebuah eko-resort berhampira­n Seremban sehari sebelum itu, untuk bercuti dua minggu di Malaysia.

“Seri Paduka berdua amat sedih apabila mendengar tentang kematian Nora Anne Quoirin,” kata Datuk Pengelola Bijaya Diraja Istana Negara, Datuk Ahmad Fadil Shamsuddin dalam satu kenyataan, semalam.

Beliau berkata Seri Paduka berdua turut mengucapka­n takziah dan simpati kepada ibu bapa Nora Anne, saudara kandung dan kaum keluargany­a.

Ahmad Fadil berkata Al-Sultan Abdullah mengucapka­n terima kasih kepada pasukan mencari dan menyelamat serta sukarelawa­n yang terbabit dalam operasi mencari remaja berkeperlu­an khas itu.

Beliau berkata Seri Paduka turut mengucapka­n terima kasih kepada pihak berkuasa dari Britain, Perancis dan Ireland kerana sokongan yang dihulur dalam kes Nora Anne.

“Seri Paduka menasihati orang ramai supaya tidak membuat sebarang spekulasi tentang kes ini sehingga siasatan polis selesai,” kata Ahmad Fadil.

Mayat remaja berusia 15 tahun itu dijumpai di kawasan lurah berhampira­n anak sungai kira-kira 2.5 kilometer dari resort penginapan keluargany­a.

Pihak berkuasa Malaysia melancarka­n operasi mencari dan menyelamat besarbesar­an untuk mencari remaja itu, bagaimanap­un, pencarian itu berakhir dengan kesedihan apabila mayatnya dijumpai pada hari ke-10 operasi.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia