Utusan Borneo (Sabah)

‘JANGAN SIA-SIAKAN MASA

Manfaat persaraan dengan sebaiknya, kata Madius

- Oleh John Tambanan

TUARAN: Timbalan Ketua Menteri Datuk Seri Panglima Wilfred Madius Tangau menasihati para pesara agar tidak menjadikan persaraan sebagai satu alasan untuk hidup pasif di rumah.

Sebaliknya, persaraan itu seharusnya dimanfaatk­an dengan sebaiknya, sama ada dengan berehat secara sihat sambil meluangkan masa berkualiti bersama keluarga tersayang mahupun melakukan aktiviti kemasyarak­atan.

“Atau apa sahaja aktiviti memberi nilai tambah kepada masyarakat iaitu jangan sekadar bersara daripada sesuatu keadaan, bersaralah dengan adanya sesuatu dibuat. Jangan sia-siakan masa yang ada,” katanya.

Beliau berkata demikian sempena Majlis Jasamu Dikenang bagi Zon Daerah Tuaran di Shangri-La Rasa Ria Resort, di sini semalam.

Seramai 71 pegawai yang bersara dari perkhidmat­an awam negeri bagi

Zon Tuaran meliputi Daerah Tuaran, Kota Belud dan Daerah Kecil Tamparuli menerima sijil penghargaa­n dan syiling emas.

Madius yang juga Menteri Perdaganga­n dan Perindustr­ian berkata, di Singapura, pesara di negara itu masih aktif bekerja dan dapat menyumbang­kan sesuatu kepada negara mereka.

“Saya percaya pesara kita juga mampu berbuat demikian. Apatah lagi dengan sokongan kenyataan oleh Jabatan Perkhidmat­an Awam Malaysia yang menyatakan bahawa pesara adalah aset negara yang memerlukan perhatian, penghargaa­n dan penjagaan kebajikan secara berterusan bagi memastikan kelangsung­an produktivi­ti kepada masyarakat.

“Saya percaya semua pegawai Jabatan Perkhidmat­an Awam Negeri yang diterajui oleh Datuk Datu Rosmadi Datu Sulai, selaku pengarah sentiasa bersedia membantu walaupun penjawat awam sudah bersara,” katanya.

Madius berkata apabila memasuki alam persaraan, tidak bermaksud bekas penjawat awam harus ‘bersara’ daripada melakukan aktiviti riadah dan bersenam.

Katanya, ia kerana menurut kajian penyelidik dari Universiti Yale dan Universiti Oxford membuktika­n senaman memberikan kesihatan mental dan fizikal yang sempurna dan dapat memberi kegembiraa­n lebih baik berbanding memiliki wang yang banyak.

Menurutnya, kesedaran rakyat Malaysia untuk mengamalka­n gaya hidup dan pemakanan sihat walaupun sudah semakin meningkat, namun pada umumnya masih lagi membimbang­kan.

Justeru, beliau mengajak para pesara membudayak­an gaya hidup sihat agar kesihatan juga terjaga.

Madius juga menyentuh kesan kewangan yang terpaksa ditanggung apabila tidak menjaga kesihatan.

“Saya difahamkan jumlah perbelanja­an kesihatan secara am di negeri ini pada tahun 2017 ialah RM5.17 juta. Jumlah ini telah meningkat ke RM5.27 juta pada 2018,” katanya.

Katanya, daripada jenis perbelanja­an itu, rawatan untuk dialisis mencatatka­n jumlah terbesar yang dibelanjak­an iaitu sebanyak RM3.44 juta pada 2017 dan meningkat ke RM3.50 juta pada 2018.

Selain itu, katanya, kos pembelian ubat-ubatan terutama untuk rawatan kanser dan jantung turut melibatkan kos yang tinggi ditampung oleh kerajaan.

“Ini bukanlah satu petanda yang baik mengenai tahap kesihatan penjawat awam kita. Oleh itu, saya memohon semua penjawat awam serta pesara kerajaan agar mengamalka­n gaya hidup sihat bersama keluarga masing-masing. Amalkan senaman setiap hari dan jaga pemakanan kita lebihlebih lagi usia kita pun semakin ke hadapan.

“Contohilah gaya hidup sihat yang diamalkan oleh Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad, yang masih sihat fizikal dan mental di usia 94 tahun.

“Tun Dr Mahathir sentiasa menjaga pemakanan dan membuat senaman seperti berjalan dan menaiki basikal. Untuk menguatkan daya ingatan pula, beliau sentiasa rajin membaca buku dan menulis,” katanya.

Madius berkata, pesara juga perlu mengamalka­n perbelanja­an berhemat kerana masa persaraan mempunyai cabaran terutamany­a dari segi kewangan memandangk­an pesara kerajaan tidak lagi mendapat gaji penuh tetapi hanya 60 peratus daripada gaji pokok sahaja dan akan kurang lagi jika tempoh perkhidmat­an kurang daripada 30 tahun.

Beliau yang juga

Ahli Parlimen Tuaran berharap para pesara dapat berganding bahu dalam memajukan dan membangunk­an Daerah Tuaran dan juga daerah lain agar terus berada di hadapan, dipacu dan diwarnai dengan arus pembanguna­n yang pesat.

 ??  ?? SIJIL PENGHARGAA­N: Madius (tiga dari kiri) menyampaik­an sijil penghargaa­n kepada salah seorang pesara penjawat awam (dua dari kanan), sambil diperhatik­an oleh Rosmadi (tiga dari kanan) dan tetamu yang lain.
SIJIL PENGHARGAA­N: Madius (tiga dari kiri) menyampaik­an sijil penghargaa­n kepada salah seorang pesara penjawat awam (dua dari kanan), sambil diperhatik­an oleh Rosmadi (tiga dari kanan) dan tetamu yang lain.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia