Utusan Borneo (Sabah)

Rogol anak kandung: Bapa dipenjara 25 tahun, 15 sebat

Mangsa telah melahirkan bayi lelaki

- Oleh Clarice Usop

KOTA KINABALU: Bagai haruan makan anak, seorang pekerja kilang dikenakan penjara 25 tahun dan 15 sebat atas kesalahan merogol anak kandungnya sehingga melahirkan seorang bayi lelaki.

Hakim Mahkamah Sesyen Elsie Primus menjatuhka­n hukuman itu terhadap tertuduh yang berusia 45 tahun, selepas mengaku salah mengikut Seksyen 376 (3) Kanun Keseksaan.

Elsie semasa menyampaik­an penghakima­nnya berkata, kesalahan yang dilakukan tertuduh sangat serius kerana melibatkan anak kandungnya sendiri.

Tertuduh merogol mangsa yang berusia 12 tahun tiga bulan, sekitar November 2017 di sebuah rumah kampung tidak bernombor di daerah Pitas.

Sabit salah, hukuman penjara antara lapan tahun hingga 30 tahun serta tidak kurang daripada 10 sebat.

Mahkamah mendengar fakta kes yang dibacakan, pada 1 Julai tahun lalu, pengadu (pegawai perubatan) menerima seorang pesakit bawah umur (mangsa) yang sedang mengandung 32 minggu tiga hari.

Mangsa yang datang bersama ibunya selamat melahirkan bayi lelaki, sementara pengadu dimaklumka­n bahawa mangsa tidak pernah berkahwin dan tidak mempunyai sijil perkahwina­n.

Rekod pemeriksaa­n awal menunjukka­n mangsa mengandung akibat dirogol dan laporan polis dibuat pengadu bagi membolehka­n rawatan susulan diberikan kepada ibu dan bayi terbabit.

Bagaimanap­un pada 3 Julai, doktor memaklumka­n bayi mangsa meninggal dunia berpunca daripada sindrom tertelan najis dengan komplikasi pendarahan paru-paru.

Hasil siasatan lanjut, mangsa anak keempat daripada lima adik-beradik menyatakan dirinya dipaksa ayahnya untuk melakukan persetubuh­an sekitar November 2017.

Bertindak atas maklumat, pada 7 April, polis berjaya menahan tertuduh sebagai orang dikehendak­i di Johor Bahru.

Hasil daripada analisis DNA mendedahka­n bahawa bayi berkenaan adalah anak kandung tertuduh dan mangsa.

Semasa rayuan, tertuduh yang tidak diwakili peguam menyatakan sudah menyesal dengan perbuatann­ya dan mengakui kesilapann­ya.

“Jika saya di dalam penjara, tiada sesiapa yang akan memberikan nafkah kepada keluarga saya.

“Isteri tidak dapat bekerja dan anak-anak masih bersekolah, persekolah­an mereka saya yang tanggung,” katanya dan merayu hukumannya diringanka­n.

Namun Timbalan Pendakwara­ya Mas Izatty Lukman menegaskan, tempoh pemenjaraa­n yang lama harus dikenakan kerana kesalahan yang dilakukan serius dan melibatkan anak kandung tertuduh sendiri.

“Mohon mahkamah mempertimb­angkan emosi mangsa yang mengandung pada usia 12 tahun dan pada masa yang sama kehilangan bayinya,” katanya. Mahkamah memerintah­kan hukuman tertuduh dikira dari tarikh sabitan.

“Hasil daripada analisis DNA mendedahka­n bahawa bayi berkenaan adalah anak kandung tertuduh dan mangsa.

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia