Utusan Borneo (Sabah)

MARii anjur Pameran Auto Malaysia di Sabah 19-20 Okt

- Oleh Saddam Edris

PENAMPANG: Institut Automotif Robotik dan IoT Malaysia (MARii) akan menganjurk­an Pameran Auto Malaysia (Malaysia Autoshow) pada 19 hingga 20 Oktober ini di Dewan Kebudayaan Sabah, di sini.

Ketua Pegawai Ekesekutif MARii Datuk Madani Sahari berkata, penganjura­n edisi Sabah buat julung kali itu sejak penubuhann­ya pada 2015, adalah berkesinam­bungan pameran sebelumnya yang diadakan di Semenanjun­g Malaysia.

Katanya, ia akan melibatkan pameran kenderaan terbaharu di pasaran Malaysia dengan memberi fokus mengenai teknologi, keselamata­n dan keselesaan pemanduan.

“Malaysia Autoshow yang berlangsun­g jam 9 pagi hingga 9 malam ini diadakan sebagai platform rakyat Sabah mengetahui serta merasai sendiri pengalaman kemajuan terkini yang ditawarkan oleh industri automotif tempatan dan antarabang­sa.

“Kira-kira 25 syarikat automotif akan menyertai pameran ini termasuk pelbagai aktiviti dan pertunjuka­n menarik akan kita adakan selama penganjura­n dua hari itu,” katanya semasa sidang media mengenai penganjura­n Pameran Auto Malaysia, di sini pada Khamis.

Tambahnya, kira-kira 20,000 hingga 30,000 pengunjung dari seluruh Sabah, termasuk dari Sarawak dan Brunei dijangka akan mengunjung­i pameran berkenaan yang dibuka secara percuma.

Mengulas lanjut mengenai aktiviti itu, Madani berkata pameran kenderaan terbaharu akan melibatkan Kenderaan Cekap Tenaga Terkini (EEV) dari pelbagai syarikat pengeluar peralatan tulen (OEM).

“Pengunjung juga akan diberi peluang mencuba memandu kenderaan model terbaharu yang terdapat di pasaran di laluan ujian sejauh 1 kilometer.

“Pada masa sama, mereka boleh mencuba ciri-ciri terkini dalam kenderaan model terkini seperti Advanced Driver Assistance Systems (Adas), termasuk ciri keselamata­n seperti Brek Kecemasan Autonomi (AEB), pemantuan tempat titik buta, sistem amaran berlepas lorong,” jelasnya.

Beliau berkata, pengunjung juga berpeluang menyertai aktiviti Cabaran Dyno iaitu memandu kenderaan pacuan empat roda masing-masing pada dinamomete­r bagi mengukur tenaga, tork dan kuasa enjin bagi mendapat tahu mengenai prestasi kenderaan.

Selain itu, katanya, kelab pacuan 4x4 teratas sekitar Sabah akan turut serta mempamerka­n keunikan kenderaan ‘offroad’, selain sesi ‘scrutineet­ing’ bagi kenderaan yang menyertai Borneo Safari.

“Pemenang The Internatio­nal Auto Modified (IAM) Sabah dan beberapa bengkel tempatan yang mahir dalam kemahiran ubah suai kenderaan juga akan menampilka­n kenderaan mereka pada pameran kali ini,” katanya.

Tambahnya, pelbagai aktiviti lain akan diumumkan kemudian sempena pameran berkenaan. Maklumat lanjut boleh didapati daripada saluran media sosial di Facebook/ Twitter/Instagram/Youtube/ Linkrdln dengan menaip @ MARiiMalay­sia.

 ??  ??
 ??  ?? SIDANG MEDIA: Madani (duduk, kiri) bersama Admin Eksekutif MARii Satelit Sabah Clarice L Lojikip pada sidang media berkenaan.
SIDANG MEDIA: Madani (duduk, kiri) bersama Admin Eksekutif MARii Satelit Sabah Clarice L Lojikip pada sidang media berkenaan.
 ??  ?? GAMBAR KENANGAN: Madani (tiga kanan) bersama kakitangan MARii merakam gambar kenangan selepas Pra Pelancaran Pameran Auto Malaysia.
GAMBAR KENANGAN: Madani (tiga kanan) bersama kakitangan MARii merakam gambar kenangan selepas Pra Pelancaran Pameran Auto Malaysia.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia